Saturday, May 14, 2011

Video Seks : Amerika sahkan rakaman tulen


Rakaman video seks, yang didedahkan “Datuk T” Mac lalu, didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah tulen setelah mendapat input pakar pengimejan video Amerika Syarikat (AS), demikian menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar.


Bagaimanapun beliau dipetik laporan Utusan Online berkata, tiada keperluan undang-undang untuk mendedahkan pelaku video terbabit.
Khalid mengumumkan perkembangan terbaru itu pada sidang media di sini hari ini.
Semalam, polis memaklumkan telah mendapatkan khidmat pakar pengimejan video di AS bagi membantu siasatan kes rakaman video seks yang didakwa mirip Anwar.
Polis Diraja Malaysia telah menghantar satu pasukan khas ke AS minggu lalu untuk tujuan analisis rakaman video seks 21 minit, yang didedahkan oleh “Datuk T” pada 21 Mac lalu.
Sebelum ini, hasil ujian biometrik yang dijalankan sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan mendapati, lelaki di dalam rakaman video seks itu sepadan dengan Anwar berdasarkan perincian saiz tubuh.
Anwar telah pun menafikan lelaki yang dimaksudkan adalah beliau.
Rakaman video seks itu dipertontonkan kepada umum pada 21 Mac lalu oleh “Datuk T” - kl-today

Respon Pembaca :

  • Izzudin Ben Al-Imin Jgn tertipu dgn mainan bahasa..Memang lah rakamn video tulin tetapi tidak myatakn plakunya sapa...many readers cud easily fall for this language trick...yg pasti plakunya TIDAK BERKHATAN! pk la sendiri....
    2 hours ago ·  ·  3 people
  • Ibnu Muhammad As-Sulaiman barack obama nak sumpah mubahalah nanti...
    2 hours ago · 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular