Sunday, May 8, 2011

Pendedahan pertemuan paderi diserah ke SKMM

NONE
Pendedahan dua laman blog mengenai majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan akan diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan. 


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata penelitian perlu dibuat terlebih dahulu sama ada bahasa yang digunakan itu adalah bahasa yang memecah-belahkan masyarakat atau pun yang menyentuh soal hasutan.


"Saya akan mengutus apa-apa pandangan terus kepada Menteri Dalam Negeri untuk beliau pula melihat perkara ini dari sudut keselamatan negara. Kami dari sudut undang-undang siber manakala Menteri Dalam Negeri dari sudut undang-undang keselamatan," katanya kepada pemberita selepas program Jogathon 1Malaysia di Kuala Klawang hari ini.

utusan malaysia, malaysia negara kristian
Rais, yang juga ahli parlimen Jelebu, mengingatkan pihak yang mempertikaikan soal agama rasmi negara ini supaya menghentikan perbuatan itu kerana ia tidak akan menguntungkan sesiapa dan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya.

Beliau berkata Islam adalah agama rasmi negara ini bukan saja diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan, tetapi juga mengikut susunan kontrak kemerdekaan antara pelbagai pihak.

Katanya tindakan sesetengah pihak mempertikaikan Islam sebagai agama rasmi negara ini dianggap sebagai satu pepecahan suasana dan belum pernah berlaku sebelum ini apabila mana-mana pihak menjuruskan hak agama lain selain Islam sebagai agama rasmi negara ini.


Respon Pembaca



  • Hanisah Halim ·  Top Commenter · UITM
    MANA AKTA HASUTAN? MANA I.S.A KAMU? Tangkap ketua Utusan dibawah AKTA HASUTAN kerana cuba Mengancam NEGARA! APA TINDAKAN KAMU PADA UTUSAN WAHAI NAJIB? MAIN CATUR? SANGGUP MELIHAT NEGARA HANCUR DEMI KEPENTINGAN JAWATAN DAN KUASA. POLITK KOTOR!

  • Buzze Azam ·  Top Commenter · Universty of salford manchester
    Menurut Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama bagi Persekutuan. Tak wujud istilah agama rasmi dlm perlembagaan.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular