Wednesday, May 11, 2011

Dokumentari nahas ngeri Diana ditayang

TEROWONG di mana Diana (gambar kecil) terbunuh dalam satu kemalangan di Paris pada 31 Ogos, 1997.
TEROWONG di mana Diana (gambar kecil) terbunuh dalam satu kemalangan di Paris pada 31 Ogos, 1997.

LONDON: Pelbagai gambar mengejutkan yang diambil ketika Puteri Diana terbabit dalam kemalangan di Paris pada 1997, akan ditayangkan dalam bentuk dokumentari, buat kali pertama di Cannes minggu ini. 


Tayangan dokumentari berjudul Unlawful Killing itu disokong pelakon Keith Allen dan Mohammed Al-Fayed, bapa kepada Dodi yang terbunuh bersama Diana.




Ia akan ditayangkan sempena Festival Filem Cannes Jumaat ini, manakala Fayed dilapor akan terbang ke Perancis untuk membantu pelancaran filem itu.




Fayed pernah menuduh Putera Philip, mendalangi nahas yang membunuh Diana dan Dodi, malah percaya Putera Charles juga terbabit. Beliau mendakwa kematian Diana dirancang bagi menghalang Diana daripada mengahwini anaknya yang beragama Islam. – Agensi 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular