Thursday, May 12, 2011

MCA hina Islam: PAS buat laporan polis

NONE
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor hari ini membuat laporan polis terhadap Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang didakwa sejak kebelakangan begitu ketara mempamerkan sikap prejudis, permusuhan dan penghinaan terhadap Islam selaku agama rasmi persekutuan.


“Kenyataan dan perkataan Chua jelas telah memprovokasi dan menyakiti perasaan umat Islam,” kata timbalan setiausahanya, Mahadzir Mat Zili dalam satu kenyataan.


Selain itu beliau juga menggalurkan beberapa peristiwa bagi membuktikan dakwaannya termasuk:
  • Mengaitkan negara Islam sebagai negara teokratik.
  • Mencerca dan menghina ajaran Islam yang melarang perempuan dan lelaki berlainan muhrim dari bersentuhan.
  • Memprovokasi dan menyindir sambutan Aidil Adha dengan menggambarkan seolah-olah pihak berkuasa tempatan di Kelantan memaksa supaya kedai-kedai di tutup pada Hari Raya.
  • Mengaitkan Islam sebagai punca banyak negara yang mempunyai majoriti rakyat beragama Islam menjadi negara tidak demokratik, mundur, tidak mencapai taraf pembangunan global, dipaliti rasuah dan lain-lain lagi.
Mengapa mulut Chua mesti ditutup?

Menurut Mahadzir sekiranya Chua dibiarkan berterusan mengeluarkan kenyataan provokatif yang menyentuh Islam tanpa memperdulikan sensitiviti umatnya, lambat laun suasana tegang dan tidak tenteram di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini akan timbul. 


“Kami juga percaya kenyataan-kenyataaan yang dinyatakan di atas bukanlah mewakili suara dan kehendak masyarakat bukan Islam di Malaysia. Bahkan kami meyakini seluruh rakyat Malaysia menolak sebarang cubaan untuk memainkan sentimen agama semata-mata bagi mencapai matlamat politik.

Justeru, kami memohon supaya Chua dapat disiasat dan diambil tindakan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan atau mana-mana peruntukan undang-undang yang relevan,” katanya lagi. MalaysiaKini


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular