Thursday, January 12, 2012

APABILA POLIS MALAYSIA MENJADI GANGSTER DAN MEDIA PERDANA MENJADI TUKANG FITNAH. +VIDEO

Diwaktu masyarakat dihidangkan dengan isu-isu negara dan gelombang kebangkitan anak muda. Seorang hamba Allah diuji dengan ujian yang datang tiba-tiba.

Diwaktu malam yang sunyi sepi di Masjid Ar Rahman U.M, seorang anak muda bernama Bukhairy menemui abangnya untuk urusan keluarga. Selepas berjumpa, Bukhairy yang sedang bercakap melalui handphone tiba-tiba didatangi oleh sekumpulan orang muda yang berpakaian biasa, ada yang berantai bergelang dan menunjukkan ciri-ciri yang boleh diragui. Bukhairy yang keseorangan ketika itu juga pelik apabila kumpulan tersebut datang kepadanya dan bertanya buat apa di situ. Gaya mereka curiga kepada Bukhairy. Bukhairy menjawab tadi baru jumpa abang. Ada masalah ke?

Mereka terus meminta IC, Bukhairy Tanya anda siapa. Mereka jawab mereka polis. Bukhairy minta tunjuk kad Kuasa kerana berasa curiga takut ditipu almaklumlah kejadian orang menyamar sebagai polis bukan jarang berlaku. Mereka menunjukkan kad kuasa tidak sampai 3 saat dalam keadaan gelap. Sudah pasti kita juga susah mempercayai dan kurang jelas dengan bukti kad kuasa yang mereka tunjuk. Bukhairy masih bersangka baik dan memberikan IC kepada mereka. Kemudian mereka minta pula nak periksa beg yang ada pada bukhairy, ini menambah rasa curiga dihatinya. Sudah diberi kepak dia nak peha. Korang siapa dan nak apa sebenarnya. Bukhairy bersuara. Jangan banyak Tanya, bagi kerjasama itu jawapan balasnya. Bukhairy tunjukkan barang-barang yang ada dalam begnya, ini hp, ini dompet, ini kertas-kertas, ini charger. Bukhairy tunjukkan satu persatu-persatu barang yang ada. Dalam hatinya mula berbicara, dalam beg tu ada hp blackberry, ada dompet dalamnya Rm200, kena pow ni mati aku. Kemudian mereka minta nak check lagi dan mereka yang ingin buat sendiri. Kali ini rasa curiga Bukhairy di tahap maksima. Bukhairy Tanya lagi nak apa dan kenapa sebenarnya, korang ni mesti menipu ni.. Mereka berang, dan mula meninggikan suara, lu jangan kurang ajar ye..Lu jangan banyak Tanya. Kalau itu bahasa yang mereka guna. Bukhairy juga boleh juga. Lu nak apa, lu kacau yang gua lu nak bising. Gua dah tunjuk dan beri ape yg lu nak. Lu nak ape Lagi. Tak sampai tahap Kl Gangster lagi bunyinya.

Budak ni dah lebih, memang kurang ajar. Bukhairy balas, Sape yg kurang ajar sekarang. Mereka mula memegang kolar bukhairy seakan mengugut tak puas hati. Bukhairy mula berfikir. Mereka ramai. Dalam 5 orang. Dia seorang. Kalau gaduh, lunyai dia dibuatnya. Rasa marah mula terasa. Kenapa perlu touch kalau tak berpuas hati, kata polis kan. Bukhairy mula membalas pertahankan diri. Sekarang korang nak apa. Nak check boleh jom pergi pondok pengawal, sana tempat cerah, lagi selamat. Mereka buat tak tahu, dan terus meninggikan suara. Bukhairy naik syeikh, Nak gaduh ke apa. Kalau nak gaduh masukla. Ketika itulah yang dikatakan Bukhairy bertindak agresif. Agresif kepada orang yang tak tahu status sebenarnya. Yang serang tiba-tiba. Selepas cuba pertahankan diri. Bukhairy bergerak perlahan-perlahan menjauhkan diri. Lalu lari ke pondok pengawal menyelamatkan diri. Belum sampai ke destinasi, 3 orang lelaki muncul tiba-tiba lalu menghempuk bahu bukhairy dengan helmet, lalu Bukhairy jatuh rebah ke bumi. Tangannya terus digari. Syahid dibunginya menyatakan situasi. Selang beberapa minit, kereta polis membawanya pergi ke balai polis pantai. Memberi keterangan.

Berita penangkapan Bukhairy mula diketahui sahabat-sahabat yang sedang tekun Study. Bukhairy dibawa pula ke Balai polis bukit jalil. Urine test dijalankan. Sangkaan pihak polis meleset, ujiannya negative. Mungkin diorg sangka Bukhairy itu ambil dadah. Kemudian dia Tanya pada pegawai polis, dah selesai ke. Polis menjawab, cerita kat lokap. Terkejut Bukhairy dibuatnya. Tidur lokap dia malam ni. Tahanan reman selama 4 hari dikeluarkan. Jenayah apa yang dia lakukan, besar sangat ke. Ahli keluarganya tidak mengetahui situasi yang berlaku. Sahabat-sahabatnya juga tak tahu apa yang berlaku pada bukhairy. Dalam keadaan selamat ke ape ke. Bukhairy kata ada polis Tanya dia mengenai alam kampus bukhairy, 901 satu ni join ke. Perkara-perkara yang tak berkaitan dengan penangkapannya. Sangat pelik. Malam itu bukhairy sempat berkenalan dengan rakan-rakan selokap. Ada yang sebab merogol, ada yang sebab dadah samun dan sebagainya. Bukhairy cuba menyuntik semangat dakwah dan tujuan hidup di dunia kepada mereka semua. Keesokan harinya, sahabat-sahabatnya mula menunjukkan semangat setiakawan, hampir 50 orang berkumpul di balai polis pantai menanyakan situasi yang berlaku. Cuba menghubungi polis yang bertugas tidak dapat, katanya bercuti. Sangat pelik. 4 hari direman beerti tidak boleh diikat jamin dan dibawa keluar. Musim exam sedang berlangsung, silap-silap boleh burn papernya gara-gara dilokapkan. Peguamnya dilantik dan memaksa polis untuk keluarkan bukhairy dari lokap. Dia tu nak exam, fahamlah sikit. Katanya bukhairi didakwa di bawah seksyen 186 sebab tak beri kerjasama pada polis. Tak bagi kerjasama pada “polis” macam tu pun dikenakan hukuman sebegitu rupa. Ape benda tu. Pihak polis akur, hari berikutnya polis akan bebaskan Bukhairy. Jam 3 pm katanya.

Seawal jam 3 Pm sahabat-sahabat bukhairy menanti penuh gembira di balai polis Petaling setelah Bukhairy dipindahkan dari Balai polis bukit Jalil. Jam 3, masih belum dibebaskan, jam 4 pon masih belum, jam5 pon masih belum. Hampir Jam 6 baru dilepaskan setelah dibayar bil. Inikah yang dikatakan “mesra cepat dan betul”. Kata jam 3 keluar hampir jam 6. Sangat beretika. Bukhairy bebas dan membuat post di FB. Alhamdulillah dapat tengok dunia katanya. Keesokannya Bukhairy dan sahabat-sahabat lain menduduki peperiksaan. Setelah itu Bukhairy mendapat panggilan katanya akan ada sebutan kes di mahkamah. ku sangka panas sampai ke petang,rupanya hujan ditengahari. Tarikh sebutan yang dibuat oleh pihak polis tersebut kena dengan tarikh paper seterusnya. Alhamdulillah ditunda perbicaraan tersebut. Dapat juga ambil exam. Tetapi hanya ditunda bukan dimansuhkan. Pada 11 januari sebutan kes di Mahkamah Jalan Duta akan diadakan, tempat bersejarah buat Anwar yang dibebaskan dari tuduhan meliwat.

Kes Bukhairy dijadualkan pada 8.30 pagi, seawal itu bukhairy pergi sambil ditemani sahabat-sahabatnya. Menanti terus menanti akhirnya bermula jam 12 tgh. Sangat tepat pada waktunya kan. Bacaan kes pertama mengenai merompak, kedua juga merompak dan ketiga baru kes bukhairy yang hanya tidak memberi kerjasama dan bertindak agresif kepada pihak polis. Peguam bela cuba menyatakan kepada puan hakim bahawa Bukhairy ini student , anak yatim, pelajar yang baik dan mengatakan jaminan adalah beerti OKT perlu datang pada hari perbicaraan, Bukhairy masih student dan ada kuliah-kuliah yang perlu beliau hadir, jadi tak mungkin dia akan melarikan diri. Lalu peguam meminta hanya dikenakan Rm500 daripada Rm6000. Sejurus Peguam selesai bercakap, Hakim memberitahu wang jaminan sebanyak Rm2000 dan sebutan kes pada 16 Februari. Keputusan tersebut sangat mengejutkan. Apa boleh buat kena akurlah. Abang Bukhairy cuba bertanya kepada yang menguruskan fail-fail Orang kena tuduh. Cuba minta dikurangkan tak boleh, aku menambah apa salahnya sampai begitu sekali. Jawabnya mudah, mengaku jer bersalah, nanti dapat lepas dengan amaran sahaja. Aku balas, dah tak bersalah nak mengaku macammana. Tak kisahla salah atau tak, ini untuk memudahkan. Lagipun memang dia bersalah bertindak agresif. Aku bertanya lagi, akak tahu ke apa yang berlaku. Dia kata dia tahu melalui laporan yang ada. Aku balas, itu atas kertas. sekarang saya tanya perkara yang betul-betul berlaku. Saya rasa kalau kita ditempat Bukhairy pon kita akan bertindak begitu entah-entah lagi teruk kak. Akak balas itu terpulang pada korang nak wat camna. Akak cadangkan jer. Setelah bincang-bincang dengan Bukhairy. Kita ada peguam yang boleh fight kes ni. Buat apa nak mengaku bersalah sedangkan tak bersalah walaupun ia akan memudahkan. Wang jaminan tersebut perlu diselesaikan pada waktu itu juga untuk bebaskan Bukhairy, habis Rm1000 bukhairy digunakan dan Syahid menggunakan Rm1000nya lagi untuk mengikat jamin. Untuk urusan itu, mengambil masa yang sangat lama. Jam 4 p.m baru selesai.

Kemudian pulang dengan penuh terkilan dengan apa yang berlaku. Sampai begitu sekali mereka buat pada kita. Abang Bukhairy berkata. Jadi baik susah, jadi jahat pon susah, Habis tu nak jadi apa. Tengoklah nanti, Allah pasti balas apa yang terjadi. Berita-berita mengenai apa yang berlaku terus disebarkan dan meninggalkan persepsi kepada si pembaca. Aku cerita ini berdasarkan apa yang bukhairy cerita dan apa yang berlaku. Yang pasti cerita aku pasti ada kurang dan Bukhairy yang ada cerita detailnya. Harap faham. Sekian. Apa komen si pembaca yer? Boleh faham ker.

SUMBER : IAR

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular