Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin mengulas laporan akhbar Utusan Malaysia bertajuk āBom milik peserta perhimpunanā yang mendakwa tiga butir bom buatan sendiri itu adalah milik peserta perhimpunan Bebas Anwar 901.
Menurut Shamsul, laporan berita yang kononnya memetik sumber polis itu jelas bersifat jahat dan bertujuan memburuk-burukkan imej penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.
āKita semua sedia maklum bahawa penyokong-penyokong Saiful Bukhari Azlan yang dikatakan terdiri daripada beberapa orang ahli Perkasa turut berada berhampiran dengan lokasi di mana letupan bom tersebut berlaku.
āSebelum daripada itu, Presiden Perkasa Datoā Ibrahim Ali turut membuat kenyataan kepada pihak media bahawa Perkasa akan turun untuk melakukan provokasi pada perhimpunan Bebas Anwar 901. Apakah wujud kemungkinan bahawa insiden letupan tersebut didalangi oleh ahli Perkasa?,ā soal beliau.
AMK juga katanya, mendesak akhbar Utusan Malaysia mendedahkan identiti āsumber polisā yang dikatakan mendakwa tiga butir bom berkenaan milik peserta perhimpunan tersebut.
Katanya lagi, adalah pelik apabila polis sendiri masih belum mengumumkan hasil siasatan, tetapi akhbar Utusan Malaysia telah melaporkan āhasil siasatanā mereka sendiri yang kemudian diolah menjadi berita fitnah dan propaganda jahat.
āBerdasarkan pemantauan pihak AMK pada pagi tersebut, peserta perhimpunan hanya dibenarkan masuk ke kawasan kompleks mahkamah seawal jam 6.30 pagi dengan dikawal ketat oleh pihak polis.
āPihak polis turut memeriksa beg setiap peserta perhimpunan yang masuk ke perkarangan kawasan sekitar kompleks mahkamah dan kemudiannya meneruskan kawalan sehingga perhimpunan bersurai,ā kata beliau.
Justeru, katanya, AMK akan menulis surat rasmi kepada Ketua Polis Kuala Lumpur supaya mengumumkan hasil siasatan polis dan pihak yang bertanggungjawab dalam insiden yang menyebabkan beberapa peserta perhimpunan mengalami kecederaan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=25381
Biasanya perbuatan khianat dilakukan oleh musuh,orang tidak buat khianat untuk diri sendiri.Dalam hal ni penganjur perhimpunan adalah PR,siapa musuhnya? Lu pikir la sendiri... - Mahadzir Ibrahim
No comments:
Post a Comment