Tuesday, January 10, 2012

Udin Jangan Melihat Pas Dalam Cermin Retak

Udin anak Yassin mempertikai tindakan Pas memecat Hasan Akidah sebagai tidak bertimbang rasa kerana tidak diminta tunjuk sebab. Udin anak Yassin tidak tahu apa yang berlaku dalam Pas. Kalau setakat berpadukan kepada media PB selamanya Pas dilihat huduh dan tidak adil. Udin janganlah melihat Pas dalam cermin yang retak.

Soal tunjuk sebab kepada Hasan Akidah tidak timbul. Peluang untuk merayu kepada Majlis Syura Ulamak itu adalah keadilan dalam Pas. Itulah timbang rasa paling tinggi dan 'constitution'. Kalau Pas zalim dan kejam, peluang itu tidak diberikan. Hak Hasan Akidah itu ada dalam perlembagaan.

Sesiapa jahil mengenai orangisasi Pas boleh beli perlembagaan Pas, tenguk dan fikir sendiri.

Pertemuan mahabbah di antara Hasan Akidah bersama Haron Din, Abdul Hadi Awang dengan Mursyidul Am Nik Abdul Aziz di JKR 10 Kota Bharu adalah 'tunjuk sebab' yang tulen diberikan kepada Hasan. Pertemuan itu dibuat untuk menyelesaikan pertelagahan sebelum ini.

Dalam pertemuan itu semua berjanji untuk berdamai. Tetapi Hasan Akidah melanggar 'janji' itu. Beliau mempertikaikan apakah dia tidak boleh sentuh Anwar. Iya dalam keadaan dan suasana hari ini tidak elok dia menyentuh Anwar. Apa disifatkan Nik Aziz, Hasan tidak senonoh itu benar. Apa kata Abdul Hadi Awang Hasan tidak arif mengenai feqah politik betul.

Hasan Akidah cuba menunjukkan dia hebat dan kuat. Saya kira dia tidak tidak fikir yang Pas akan memecatnya. Dia merasakan kalau Pas memecatnya dia boleh melemahkan Pas di Selangor. Dalam parti Pas ia akan mengutamakan soal pokok dari soal cabang. Bagi Pas untuk menang di Selangor soal cabang manakala soal Hasan - tindak tanduknya soal pokok. Pas akan memilih harus dari haram.

Bagi Pas menerima Anwar dalam konteks polis harus, manakala membiarkan Hasan yang memalu kawan dalam deram sendiri adalah haram.

Pas tidak tamak kepada kuasa. Jadi kalau Hasan mengatakan Pas melebihi Anwar darinya adalah tidak betul.

Berbalik kepada dakwaan Udin anak Yassin tadi yang Pas tidak adil sepatutnya Udin tenguk ke dalam dirinya sendiri dulu. Apakah parti itu adil dan lebih bertimbang rasa berbanding dengan Pas. Pastikah?

Di sini saya nak ambil dua contoh saja bagaimana Umno zalim dan kejam ke atas ahlinya. Pertama ialah apa yang berlaku ke atas Inchek Ibrahim Ali. Ibrahim Ali ditukar sebagai ketua bahagian Umno 2004 tanpa ada sebab-sebab munasabah. Dia juga dinafikan bertanding dalam pilihan raya yang akhirnya menyebabkan dia bertanding atas tikit bebas.

Ibrahim mengamuk sakan. Bukankah itu disebabkan ketidakadilan Umno kepada ahlinya. Ibrahim dikatakan meghabiskan RM6 juta untuk membangun dan membina Umno Pasir Mas. Alih-alih beliau dinafikan haknya. Apakah itu tidak dinamakan zalim?

Satu kes lagi melibatkan bekas setiausaha Umno Tanah Merah sdr Amran. Amran dipecat sebagai setiausaha secara tektikal. Beliau telah mengadu ke ibu pejabat Umno tetapi tidak dilayan. Alkhirnya beliau ambil tindakan mahkamah menyebabkan dia dipecat. Anih dalam kes di Tanah Merah pencuri dan penyamun bebas yang mengadu ditangkap dan dihukum. Apakah itu bertimbang rasa? Jawab Udin?

Apakah Umno sebelum menghukum Amran Umno minta tunjuk sebab. Umno layan sewajarnya laporan beliau. Kenapa terjadi terbalik kod di Tanah Merah kerana Umno hanya melayan dan memberi keistimewaan kepada ahli yang kaya manakala ahli yang marhain terus dihaprakkan.

Sepatutnya sebelum Udin mengatakan Pas tidak timbang rasa dia buka dulu fail melibatkan Amran ini.

Pemimpin Umno janganlah hendak menuduhkan Pas zalim, kejam kepada ahlinya kalau kita sendiri juga bertindak jauh lebih kejam. Kata gemula datuk saya, jangan sesekali nak bukan syarikat ubat kurap kalau ditubuh kita penuh dengan kurap. Dan kepada Udin janganlah melihat Pas dalam cermin retak. [wm.kl.8:15 pm 10/01/12] - MSO

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular