Sunday, January 8, 2012

Gempaq!! Cubaan Membunuh Wan Azizah..

ZainulfaqarZainulfaqar @zainulfaqar 23h Reply Retweet Favorite · Open LANG-GAR! 901 - Gambar Faad diracun sebab cubaan bunuh Kak Wan Azizah sudah disebar di FB. Lihat!

Fayyadh Afiq Albakqry, pengawal peribadi kepada Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail disyaki disuntik racun dan menyebabkannya pengsan sebelum dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya, tengah malam tadi.

Fayyad dipercayai diserang menerusi suntikan di telapak tangan kiri sewaktu mengiringi Wan Azizah meredah kesesakan orang ramai ke pentas ceramah di Kampung Cherok Tokkun .

Mangsa dikatakan ada meminta ais daripada wartawan PenangDaily, Zainulfaqar kerana tangannya berasa kebas, sebelum pengsan kira-kira 15 minit selepas terkena suntikan itu.

“Masa nak masuk sini, dia (Fayyad) dah minta ais sebab tangannya kebas. Masa bawa Kak Wan Azizah keluar tadi, dia dikejar ke hospital,” tulis Zainulfaqar di twitter.

AmizudinSharpshooterAmizudinSharpshooter @DinSharpshooter 22h Reply Retweet Favorite · Open
@aminiskandar @zainulfaqar waktu fayad eskot kak wan utk naik ke pentas, tiba2 tgnnya trasa dicucuk jarum, doc sahkan tkena suntikan mofin

ZainulfaqarZainulfaqar @zainulfaqar 7 Jan Reply Retweet Favorite · Open
LANG-GAR! 901 - Tangan Fayyad diracun sampai jantung berhenti bukti cubaan bunuh DrWAzizah? Bangsat!

ZainulfaqarZainulfaqar @zainulfaqar 7 Jan Reply Retweet Favorite · Open
LANG-GAR! 901 - Fayyad,PegKeselamatan DrWAzizah dikejar ke Hosp.Sbrg.Jaya sbb tapak tangan terima suntikan beracun. Jantungnya baru berhenti

Beliau juga memetik sumber dikenali sebagai Zul Saad yang menyatakan Wan Azizah menangis berikutan keadaan Fayyah ketika pengawal peribadi itu belum sedarkan diri.

Fayyad adalah pegawal peribadi Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang patah tulang pipi akibat terkena kelongsong gas pemedih mata ketika demonstrasi Bersih 2.0.

Semakan melalui akuan blog mikro itu mendapati rakyat yang begitu marahkan kejadian itu, percaya Fayyah bukan sasaran sebenar suntikan racun berkenaan, sebaliknya ia disyaki disasarkan kepada Wan Azizah.

Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Najwan Halimi pula berkata, keadaan Fayyad stabil dan sudah sedarkan diri tetapi tangan kiri sehingga bahu dilapor kebas dan gagal digerakkan.

“Doktor sedang membuat ujian darah dan air kencing utk pastikan jenis racun,” katanya melalui twitter selepas menghubungi Wan Azizah tidak lama selepas kejadian. Keadilan Daily

CUBAAN MEMBUNUH WAN AZIZAH DENGAN RACUN SUNTIKAN

Suntikan Terkena Tangan Pengiring Wan Azizah

Siapa Yang kene Racun?

Fayyadh Affiq Albaqry Bin Jaafar Sidek, 25 tahun, dia seorang pengawal peribadi kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah.

Sebelum ini Fayyadh telah mengalami kecederaan serius dimukanya apabila menjadikan dirinya sebagai perisai bagi melindungi Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tembakan gas pemedih mata pihak FRU yang cuba untuk meleraikan peserta demonstrasi BERSIH 2.0.
Ok… Kenal, kenape dengan die?

Kali ini dia bertugas untuk mengiringi Datuk Seri Wan Azizah ke majlis pelancaran LANG-GAR 901 di Galeri Pejuang, Cheruk Tok Kun, Bukit Mertajam telah mendakwa, telapak tangan kanannya disuntik dengan jarum beracun ketika menghampiri pentas ceramah.

Wah… Betul ke? bukan dia buat sendiri ke? Ce Cerita Dari Awal…

Buat sendiri eh? sekarang ni kalau jadi apa apa je kat seseorang, memang mesti kene cakap dia yang buat macam tu pada diri dia sendiri eh, sape ajar macam tu?

Winnie LimWinnie Lim @winnielwn 22h Reply Retweet Favorite · Open
TBH menjatuhkan sendiri,Altantuya meletupkan sendiri,DSAI menumbukkan sendiri,sekarang pula Fayyad 'menyuntik-racunkan' sendiri kah?Udahlah!
Macam ni, dalam kejadian orang ramai berkumpul berhampiran pentas bagi menyambut Datuk Seri Wan Azizah, untuk mengenalpasti pelakunya adalah sukar. Sebab orang ramaikan.

Apabila menyedari telapak tangannya telah disuntik dan berdarah, beliau bergegas ke belakang pentas menemui seorang petugas mencari sesuatu untuk menghentikan pendarahan tersebut dan ais telah digunakan.

Biarpun pada ketika ais diletakkan ditelapak tangannya beliau mendakwa tidak dapat merasainya kerana tangannya telah mula kebas.

Apabila ditanya oleh petugas tersebut bagaimana keadaannya Fayyadh mengatakan tangannya mula berasa sakit dan Fayyadh yakin mampu menahan kesakitan itu hingga tiba di Kuala Lumpur.

Setengah jam kemudian setelah Datuk Seri Wan Azizah selesai memberikan ucapan dan melancarkan LANG-GAR 901, Fayyadh mengiringi Datuk Seri Wan Azizah ke kenderaannya untuk bergegas pulang ke Kuala Lumpur.

Ketika kenderaan yang dipandu oleh pemandu peribadi kepada Datuk Seri Wan Azizah berhenti untuk mengisi petrol disebuah petrol pump berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Juru yang jarak perjalanannya lebih kurang 30 minit dari Cheruk Tok Kun, keadaan Fayyadh mula kelihatan kritikal. Ini menyebabkan Datuk Seri Wan Azizah memutuskan untuk mengejarkan Fayyadh ke Hospital berdekatan iaitu Hospital Seberang Jaya.

Tiba di bahagian kecemasan Hospital Seberang Jaya, Fayyadh masih mampu bergerak untuk melangkah keluar dari kenderaan malangnya beliau tumbang akibat pitam ketika menolak untuk membuka pintu masuk Wad Kecemasan tersebut.

Pembantu-pembantu hospital bergegas mendapatkannya dan Doktor dengan segera memberikan rawatan.

Menurut Doktor yang bertugas degup jantungnya amat lemah pada ketika itu dan tindakan pantas mengejarkan Fayyadh ke Hospital telah menyelamatkan nyawanya.

Owh…k2… Kalau lah dia yang bawa kereta masa tu… Ntah Apa pulak akan jadi. Keadaan dia sekarang macam mane?

Fayyadh mulai sedar satu jam kemudian dan masih lemah ketika dilawati pada jam 2.30 pagi tadi. Menurut Doktor yang merawatnya pula, mereka akan melakukan ujian pada darah dan air kencingnya untuk megenalpasti apakah bahan yang telah disuntik kepada Fayyadh itu.

Tangan yang telah disuntik masih lemah dan sukar untuk digerak hinggakan untuk membuka telapak tangannya untuk dirakamkan gambar memerlukan bantuan.

Gambar terikini Fayad Di Hospital Sbrg Jaya.
Siapa sasaran sebenar penjahat ini? Fayadh atau Wan Azizah eh?

Perkara tu tak pasti lagi, masih dalam siasatan, tetapi ia boleh membunuh dan mencederakan mangsanya, itu pasti.

Dia orang ada buat report polis tak pasal perkara ni?

Mesti lah ada… ni salinan dia.
Bersamalah Kita Doakan Yang Terbaik Supaya Fayadh Cepat Sembuh dan Keselamatan Wan Azizah Akan Terjaga. Insyallah

Sekian. - REALLY@

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular