Namewee memang terkenal dengan video kontroversinya. Satu demi satu video yang dihasilkannya menggunakan metafora dalam setiap babak, dilepaskan untuk dipertontonkan kepada umum. Ada yang kami fikir agak melampau dan keterlaluan tetapi Namewee masih lagi dilihat “kebal” di mata pihak berkuasa?
Dah tonton video terbaru yang dihasilkan oleh Namewee ini?
Dalam video tersebut digambarkan seakan-akan :
baju polis biru – jelir lidah seperti anjing
baju coklat (seakan-akan fesyen polis lama ketika zaman awal merdeka atau………
polis trafik?
pemain bola sepak
Ketika permulaan, seakan-akan jual mahal untuk “menerima suapan”?
Akhir sekali, ketika off record masing-masing “berebut mengambilnya”
Kami jamin setakat video Namewee yang terbaru ini, tiada siapa yang berani ambil tindakan. Sedangkan lagu Negaraku boleh dibuat main pun, tiada siapa berani tampil ambil tindakan yang sewajarnya. Setakat kecoh-kecoh di akhbar sahaja. Kemudian tidak lama selepas itu, senyap begitu sahaja.
Perkara yang benar memang pahit untuk ditelan. Walaupun tak semua polis begitu, tapi segelintir polis yang mencemar imej polis ibarat setitik nila rosak susu sebelanga. Kami rasa tak salah Namewee nak highlight isu ini dalam mana-mana video beliau, tetapi bagi kami sangat tak patut nak letakkan beban kesalahan kepada semua anggota polis. Ramai polis yang kami kenal baik-baik belaka dan bukan semua jenis meminta-meminta.
Mereka yang kami kenal memang benar-benar menjalankan tugas atas nama integriti. Dan kami sangat yakin, imej polis akan bertambah baik serta-merta jika tiada lagi campur tangan polis dalam PDRM sebenarnya.
Sepatutnya Namewee perlu diberikan peringatan keras supaya video-video yang dikeluarkan tidak melampaui batas. Tetapi…apabila kami bandingkan semula dengan video sembang rakyat yang dilihat menghina “HUDUD” masih lagi bermaharajalela tanpa sebarang tindakan dan tiada siapa yang peduli.
Melihatkan senario tersebut, kami tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk pihak berkuasa memberikan perhatian yang lebih terhadap pemuda bernama Namewee ini. - Berita Semasa
No comments:
Post a Comment