Monday, January 9, 2012

KERETA ELIZABETH WONG DI BOM (Gambar + Video)

Ada tiga kali bunyi Bom selepas pengumuman Anwar Ibrahim dibebaskan.


Kejadian yang tidak diingini berlaku di perkarangan mahkamah apabila dua letupan berlaku yang dipercayai bom dan serpihan terkena kereta Exco Selangor Elizebeth Wong dan sebuah kereta kembara dibom.

Twitter : 
elizabethwong @elizabethwong 16h Reply Retweet Favorite · Open
My car and Zakaria's hit by plastic bombs outside Court #fb
Bom itu diletak di bawah kon manakala kereta berkenaan diparking di luar perkarangan mahkamah


Kereta Elizeberth hanya rosak di bahagian bumper bawah dan serpihannya mercik sejauh beberapa meter, demikian menurut saksi mata. Katanya bom itu diletak di bawah kon manakala kereta berkenaan diparking di luar perkarangan mahkamah. Kejadian ini menandakan bahawa dalam himpunan itu ada anasir jahat yang cuba mengeruhkan suasana.

Twitter : 
Nik Nazmi @niknazmi 16h Reply Retweeted Favorite · Open
no lori warna WSF6374 menghantar bahan letupan. Siapa nampak lapor pd polis segera #901 #bebasanwar901

Polis perlu menyiasat ke akar umbi dan mengejar anasir jahat ini hingga ke lubang cacing. Kejadian ini mustahil dilakukan oleh penyokong Anwar apa lagi penyokong Hasan Akidah. Kejadian itu menyebabkan orang boleh mengagak ia ada kaitan dengan kumpulan pelampau Melayu yang kecewa dengan keputusan hakim membebaskan Anwar sekejap tadi.

Tindakan ala talibah itu juga menunjukkan pihak yang terlibat sudah tidak rasional dan mereka mula menunjukkan tindakan-tindakan agresif yang boleh menghuruharakan negara. Mereka juga ini juga berfikir tidak lagi menggunakan kepala tetapi lebih kepada menggunakan kepala lutut.

Laporan malaysiakini


11.38am Saksi kejadian yang merupakan seorang peniaga memberitahu tidak nampak apa-apa berlaku ketika letupan berlaku.


11.20am Dua orang dipercayai tercedera akibat letupan sebelum ini.


11.15am Kawasan tempat letupan kedengaran yang ditutup dengan garisan kuning menempatkan tiga kenderaan penjaja dan beberapa buah kenderaan awam lain termasuk motosikal.


Polis membenarkan kenderaan yang diparkir di bawah medan selera keluar dripada kawasan berpagar kuning.


Polis juga membawa dua ekor anjing pengesan untuk memeriksa keadaan sekeliling.


11.10am Orang ramai mula bersurai setelah diarahkan polis kerana keadaan tidak selamat.


11.04am Keseluruhan tiga letupan kedengaran di kawasan mahkamah antara jam 10.15 hingga 10.55 pagi.


BEKAS letupan bom buatan sendiri yang mencederakan seorang mangsa di persimpangan lampu isyarat di Jln Duta - http://really.tigaline.com

Dibawah ni Video Dari PDRM 901... BOM..

Hanya sekitar 50 orang penyokong Saiful Bukhari Azlan -- pengadu dalam kes Liwat II -- hadir dalam perhimpunan di kawasan Masjid Wilayah Persekutuan ketika mahkamah menyampaikan keputusan perbicaraan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Kehadiran penyokong itu, di bawah panji Pertubuhan Permufakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas), bagaimanapun sudah cukup untuk mencetus kekecohan dan juga pergaduhan kecil apabila mereka mula berarak ke kawasan mahkamah. - Malaysiakini.TV

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular