Sunday, January 8, 2012

PAS pecat Hasan Ali +Video

KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali (gambar) sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.


KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

Dari FB Nasrudin Hassan
Yb. Dato' Dr Hassan Ali digugurkan keahliannya. 


1. Dewan Pemuda PAS Malaysia mendokong keputusan yang dibuat secara musyawarah oleh PAS Pusat sebentar tadi bahawa Yb. Dato' Dr. Hassan Ali dibuang keahliannya berkuat kuasa serta merta dan menurut peruntukan perlembagaan parti, beliau masih boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama' selepas ini. Semoga Allah memberkati keputusan yang dibuat secara syura ini. 


2. Kepada Dato' Dr. Hassan Ali, jika anda benar - benar ikhlas dengan perjuangan Islam, anda tidak lari meninggalkan perjuangan ini sebagaimana pernah berlaku kepada Dato' Abu Bakar Hamzah yg pernah dipecat kerana membuat kenyataan yg bercanggah dgn keputusan parti, tetapi beliau tidak lari meninggalkan perjuangan suci ini. Beliau berehat panjang dan akhirnya kembali semula kepangkuan PAS di penghujung karier dan usianya. 


Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.


Exco Kerajaan Negeri Hasan Ali Dipecat PAS
Kita Serupa hehehe

KUALA LUMPUR, 8 JANUARI : Pas telah memecat Exco Kerajaan Selangor Datuk Hasan Ali daripada parti itu kerana merugikan kepentingan parti.

Pas Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaannya untuk memecat keahlian Hasan sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Menurut kenyataan media PAS yang dipetik daripada lidah rasmi parti itu, Harakahdaily, Pas pusat telah mengambil tindakan tersebut setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Kenyataan itu berkata Hasan telah menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Sejak kebelakangan ini, Hasan telah menimbulkan pelbagai kontroversi di dalam Pas dan Pakatan Rakyat apabila mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti dan gagasan itu.

Yang terbaru, Hasan telah mengeluarkan kenyataan pada 5 Januari mengesa orang ramai dan mahasiswa supaya jangan menyertai perhimpunan “Bebaskan Anwar” di Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada 9 Januari akan datang.

Kenyataan itu bercanggah dengan pendirian Pas untuk menurunkan ahli-ahlinya ke perkarangan mahkamah esok untuk menyertai perhimpunan tersebut.

Kenyataan Hasan itu dibidas oleh Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang menggesa Pas supaya mengambil tindakan terhadap Hasan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular