Diwaktu masyarakat dihidangkan dengan isu-isu negara dan gelombang kebangkitan anak muda. Seorang hamba Allah diuji dengan ujian yang datang tiba-tiba.Diwaktu malam yang sunyi sepi di Masjid Ar Rahman U.M, seorang anak muda bernama Bukhairy menemui abangnya untuk urusan keluarga. Selepas berjumpa, Bukhairy yang sedang bercakap melalui handphone tiba-tiba didatangi oleh sekumpulan orang muda yang berpakaian biasa, ada yang berantai bergelang dan menunjukkan ciri-ciri yang boleh diragui. Bukhairy yang keseorangan ketika itu juga pelik apabila kumpulan tersebut datang kepadanya dan bertanya buat apa di situ. Gaya mereka curiga kepada Bukhairy. Bukhairy menjawab tadi baru jumpa abang. Ada masalah ke?