Wednesday, January 11, 2012

Selepas "Kek Taik" , "JENTOLAK" pula dihantar kpd Ketua Menteri P Pinang


Anggota kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, hari ini menghantar replika sebuah jentolak kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai simbol dakwaan kerajaan negeri merobohkan rumah-rumah dan kawasan perniagaan masyarakat Melayu.


Kumpulan itu diketuai Ketua Wira Pulau Pinang Mohd Risuan Asudin yang membawa replika jentolak itu ke pejabat bangunan kerajaan negeri di tingkat 3, Komtar.
NONE
Antaranya, mereka membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan sebuah bengkel motosikal di Jelutong pada tahun lalu, yang mana pemiliknya kebetulan adalah seorang ahli PERKASA.

Mereka, bagaimanapun, dihalang daripada memasuki pejabat Lim di tingkat 28. Pejabat Lim juga tidak melayan kumpulan itu yang sering-kali menimbulkan kekecohan di Pulau Pinang dengan tidak menghantar sebarang pegawai untuk menerima 'hadiah' berkenaan.
NONE
Kecewa dengan tindakan itu, anggota PERKASA melepak dan bersila di lantai, dengan harapan bahawa pintu pejabat ketua menteri akan dibuka tetapi sebaliknya pengawal mengunci mereka.

Kumpulan itu kemudian membidas Lim kerana didakwa tidak mahu berjumpa dengan rakyat dan menerima ‘hadiah’ mereka.

"Ia hanya replika, kenapa dia begitu takut?" soal Risuan, sebelum membuka sehelai kain merah yang digunakan untuk membalut replika itu. Mkini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular