Wednesday, January 11, 2012

Letupan dikaitkan dengan peserta himpunan 901

NONEMeskipun polis masih menyiasat misteri tiga letupan di luar kompleks mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, Isnin lalu, Utusan Malaysia hari ini memetik sumber polis bahawa bom buatan sendiri dipercayai dibawa oleh mereka yang menyertai perhimpunan Kempen Bebas Anwar 901.

Pada halaman utamanya hari ini, akhbar milik Umno itu memetik sumber polis yang tidak dinamakan menjelaskan bahawa pemeriksaan ketat telah dijalankan di seluruh kawasan perhimpunan sebelum peserta dibenarkan memasuki lokasi itu, tetapi polis tidak menemui sebarang objek berbahaya.

Siasatan awal mendapati, bom-bom berkenaan dibawa oleh mereka yang menyertai perhimpunan itu.

“Kawasan tersebut telah dikawal oleh anggota polis sehari sebelum perhimpunan selain pemeriksaan dibuat secara rapi.

“Malah, pemeriksaan terakhir turut dilakukan sebelum peserta perhimpunan dibenar berkumpul di kawasan itu dan tiada objek berbahaya ditemui.

“Sebab itu kita percaya bom buatan sendiri yang lengkap dengan jam jangka itu dibawa oleh peserta perhimpunan,” kata sumber itu dipetik Utusan sambil menambah siasatan mengambil masa kerana kawasan berkenaan tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).

Laporan akhbar ini adalah yang pertama mengaitkan letupan pada hari perhimpunan 901 dengan peserta himpunan yang majoritinya penyokong Pakatan Rakyat. Sehingga hari ini, belum ada pegawai polis yang mengeluarkan sebarang kenytaan berhubung identiti dalang letupan itu.

Pada kejadian itu, lima orang termasuk seorang peguam cedera.

Letupan pertama berlaku kira-kira satu jam selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar setelah mendapati beliau tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya. MKini

KONSPIRASI BOM DI KEMPEN BEBAS ANWAR 901

Bom Milik Peserta 901- Polis Malaysia.

Siapa Peserta 901?

Orang Awam, rakyat Malaysia yang menyokong Anwar dibebaskan pada 901 tempoh hari.

Bom tu jenis apa?

Siasatan Unit Pemusnah Bom di tempat kejadian menemui bateri, wayar, jam jangka dan galas bebola. Bom itu dipasang lebih awal dah telah ditetapkan masa untuk ia meletup.

Di mana 3 Bom itu Meletup?

Luar kawasan Mahkamah, luar dari kawasan tempat berhimpun yang dibenarkan.

Apa tujuan bom itu dipasang?

Provokasi jahat pihak yang cuba merosakan imej peserta 901, kerana jika anwar ibrahim didapati bersalah dalam hal kes liwat itu, dan bom tu pulak meletup selepas pengumuman anwar bersalah, bayangkan apa yang padah apa yang diterima oleh peserta yang hadir pada 901, sedangkan mereka tidak tahu menahu tentang Bom tersebut.

Tetapi Bom tersebut tetap meletup, selepas Anwar diumumkan bebas, mengapa?

Bom tersebut sudah dipasang lebih awal, dan bom tersebut meletup setelah 30 hingga 40 minit anwar diumumkan tidak bersalah.

Kenapa Polis menyalahkan peserta 901?

Kenyataan Polis Malaysia. Siasatan awal percaya, bom-bom tersebut dibawa oleh mereka yang menyertai perhimpunan itu. Polis Malaysia tidak meyalahkan mana mana pihak dan perkara ini juga masih di dalam siasatan, Jadi tiada pihak yang patut disalahkan pada peringkat ini, kerana siasatan masih dijalankan.

Mereka yang memasang bom tersebut menjangka Anwar didakwa bersalah dan mewujudkan provokasi tersebut dengan tujuan menjatuhkan imej Anwar dan peserta yang hadir.

Akan tetapi keputusan tidak memihak kepada mereka, apabila anwar didapati tidak bersalah dan dibebaskan.

Diharap pihak Polis Malaysia dapat menjalankan siasatan dan tidak mengeluarkan kenyataan awal yang boleh memburukan lagi keadaan.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular