Setelah dilantik menjadi Senator beliau semakin kuat `mengipas' kerajaan Umno/Bn. Sebelum ini beliau melakukan fitnah besar terhadap Pembangkang apabila mendakwa beliau diupah jutaan ringgit untuk menyokong Pembangkang. Sekali lagi kita mahu memberitahu beliau bahawa kita tidak perlukan `mamak pengipas' untuk berjuang bersama rakyat. Standard beliau hanya sebagai penebar roti canai sahaja dan tidak lebih dari itu.
Saya sokong 110 peratus kita memboikot semua restoren yang berdaftar di bawah KIMMA ini kerana sikap busuk hati dan dengki Presiden mereka. Datuk Syed Ibrahim sangka hanya beliau seorang sahaja yang layak mendapat gelaran Datuk, sedangkan orang lain tidak layak. Apa jasa beliau kepada rakyat? Kita cabar beliau memasuki pilihanraya umum akan datang dan bertanding di P.Pinang di mana terdapat ramai pengundi dari kaum seperti beliau. Di situ kita akan lihat sejauh mana hebatnya Syed Ibrahim ini.
Hanya kerana BERSIH ingin mengadakan perhimpunan aman menuntut pemulihan sistem pilihanraya di negara ini, maka KIMMA mendesak agar gelaran Datuk kepada Pengerusi BERSIH ini ditarik balik. Tiada cara lainkah untuk KIMMA mengampu kerajaan?
Mengapa KIMMA tidak mahu mencadangkan agar diadakan forum atau debat terbuka dengan BERSIH untuk menunjukkan beliau benar-benar hebat? Mengapa mahu gunakan pengaruhnya untuk menjatuhkan atau menganiayai orang lain?
Sekali lagi, mari kita perhebatkan kempen boikot restoren KIMMA sehingga Presidennya sedar diri. Syed Ibrahim jangan ingat BERSIH ini adalah dari kumpulan India Muslim yang boleh beliau perbodohkan dengan jawatannya itu. Peduli apa dengan KIMMA kerana puak ini pun mencari makan di negara kita./wfauzdin.blogspot.com
No comments:
Post a Comment