Sunday, April 24, 2011

Nak Tengok "SKILL PERMAINAN" atau Nak Tengok " .... PEMAIN"


Pemain Badminton Wanita Diwajibkan Pakai Skirt... (",)


Kalo korang selalu mengikuti arena sukan, berita ni la paling heboh sekarang. Berita tv, surat khabar, blog2 sukan semuanya bercerita tentang benda nie. Semuanya gara2 Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) memperkenalkan kod pakaian baru, yang akan berkuatkuasa dari 1 Mei dan memerlukan semua pemain wanita memakai skirt atau gaun dalam kejohanan Grand Prix "untuk memastikan aksi badminton yang menarik".


BWF mendakwa dengan pengenalan peraturan mewajibkan pemakaian skirt ke atas pemain wanita akan dapat menarik lebih ramai minat penonton dan penaja, sebagaimana evolusi fesyen dalam tenis yang menjadikan sukan itu lebih menarik.

Adeiiii, macam2 lak peraturan BWF nie, nasib baik la pemain2 wanita kita semua China, apa diorang nak kisah.  Ni la komen2 diorang:
“Pada dasarnya saya tiada masalah memakai skirt, tapi apabila perkara ini diwajibkan, saya rasa tidak patut. Kenapa perlu mengatur pemakaian kami selagi ia tidak mendatangkan masalah kepada sukan ini,” kata Eei Hui yang sering memakai seluar pendek ketika beraksi.


“Memakai skirt tidak seksi kerana bahagian dalam skirt itu ada seluar ketat. Saya selesa dengan peraturan ini kerana saya sentiasa memakai skirt,” kata Liu Ying.
P/s: Ha3, lepas ni penuh la stadium2 badminton ye sb semua nk tengok skirt2 nie, yg nak tgk badminton tu mungkin 30% ja...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular