Tuesday, April 26, 2011

Gol pertama Dzeko bantu City menang


Penyerang Manchester City, Edin Dzeko (kanan) dan pemain pertahanan, Pablo Zabaleta meraikan kemenangan selepas tamat perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Blackburn Rovers dan Manchester City di Ewood Park, Blackburn, England pada 25 April 2011.

ENGLAND, (AFP) - Jaringan pertama Edin Dzeko dalam Liga Perdana Inggeris memberikan kemenangan 1-0 kepada Manchester City ketika menentang Blackburn di Ewood Park awal pagi tadi.

Jaringan bermakna pada minit ke-75 itu juga turut memperkukuhkan harapan City untuk memburu tiket ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.
Pada perlawanan itu, City hampir-hampir pulang dengan satu mata. Tetapi selepas tiga minit Dzeko dibawa masuk dari bangku simpanan, dia berjaya menamatkan kebuntuan City setelah Rovers gagal membersihkan bola di saat berbahaya.
Kemenangan tersebut sekaligus menjarakkan City empat mata daripada Tottenham yang berada di tangga kelima liga.
"Saya sangat gembira apabila gol tersebut membantu pasukan menang dalam perlawanan ini," kata Dzeko. " Saya bukanlah pemain pertama yang tidak bermula dengan baik, tetapi saya gembira kerana saya melakukan skor hari ini dan membantu pasukan."
Manakala Blackburn, yang hanya menang tiga daripada 17 kemunculan dibawah pengurus Steve Kean kini dalam kebimbangan apabila berdepan dengan zon penyingkiran. Namun, Kean tetap berkeras bahawa pasukannya mampu mengelak.
"Saya rasa kalau pasukan bermain seperti ini dalam perlawanan menentang Bolton Sabtu nanti, mereka akan menang. Tidak kesah kalau seri" katanya.
"Kami kecewa apabila tidak memperoleh apa-apa hari ini, tetapi sekiranya kami beraksi seperti ini, kami akan dapat peluang yang hebat."
http://feeds.feedburner.com/BulanPurnama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular