Wednesday, April 27, 2011

"Papa Nurul Izzah Part II' : Bahagian kedua klip video seks di YouTube (+Video)

KUALA LUMPUR: Bahagian kedua klip video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang dan seorang pelacur China disebarkan menerusi laman video YouTube hari ini. 


Klip video selama 1 minit 47 saat saat bertajuk "Papa Nurul Izzah Part II" itu dipindah naik oleh pemegang akaun YouTube dengan nama "wakparjosudorno".


Pautan klip video itu dipaparkan beberapa laman blog sejak petang tadi.

Ia adalah susulan bahagian pertama bertajuk “VTS 01 1" yang dipindah naik ke laman video berkenaan awal bulan ini oleh "thepowercam". 


Bahagian kedua klip video itu memaparkan lelaki terbabit mengenakan semula pakaian selepas melakukan hubungan seks dengan wanita berkenaan.  - Berita Harian

Video seks bahagian kedua di Youtube

Klip video bahagian kedua yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur kini disebarkan di Internet.

Malaysiakini difahamkan bahawa video yang berjudul 'Papa Nurul Izzah Part II' yang dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu boleh didapati di Youtube sejak jam 1.30 tengahari.

Semakan Malaysiakini juga mendapati video sepanjang 1.46 minit itu dimuat-naik oleh seorang pengguna yang menggunakan nama "wakparjosudorno."

Ia dipercayai dilakukan dari Indonesia dan pengguna yang tidak dikenali itu menyertai Youtube hanya semalam.

Namun pada jam 6.45 petang tadi, video berkenaan telah dikeluarkan kerna didakwa melanggar syarat-syarat penggunan Youtube kerana memaparkan bahan lucah dan gambar bogel.

Namun dipercayai video berkenaan masih boleh didapati di beberapa laman web pembangkang dan juga di Youtube yang dimuat-naik oleh pengguna lain.

Sebelum ini, bahagian pertama video berkenaan dimuat-naik pada 4 April lalu.

Ia menunjukkan lelaki yang sama menggunakan tuala memeluk seorang gadis berkulit cerah yang hanya berkemban.

Pada bahagian kedua video ini, ia dipercayai disunting pada bahagian akhir. Ia menunjukkan lelaki berkenaan memakai pakaiannya semula selepas aksi seks tersebut manakala wanita yang bogel itu berjalan menuju ke bilik air.

Video kedua juga tidak mempunyai sarikata dalam bahasa Thai dan jelas memaparkan tarikh dan masa rakaman iaitu 2011/02/21 manakala rakaman masa adalah antara jam 22.43 malam hingga 22.45 malam.

Beberapa pihak sebelum ini mendakwa lelaki dalam video berkenaan mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun Anwar yang juga ketua umum PKR telah menafikan beliau adalah lelaki dalam video itu dan mengemukakan beberapa bukti termasuk catatannya di Twitter dan Facebook.

Serentak dengan tayangan itu, kumpulan yang mengaku bertanggungjawab di sebalik video itu yang menamakan diri sebagai 'Datuk T” mendedahkan identiti mereka - Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim.

Sebelum ini, Eskay berkata mereka belum menyerahkan video penuh 22 minit itu kepada sesiapa dan salinan tunggal hanya diserahkan kepada polis.

Eskay hari ini memberitahu wartawan bahawa beliau telah memberikan sampel DNA miliknya bagi melancarkan siasatan polis.

"Saya dipanggil pagi ini untuk disoal-siasat lanjut dan saya secara sukarela menyerahkan sampel DNA,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran pertemuannya dengan polis di ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur itu tetapi sekadar berkata tunggu sidang akhbarnya esok. -
Malaysia Kini

Persoalan??

Mana Janggut Anwar??


azlan
Tak Ada Janggut Tak Ada Misai
Ada Misai Tak Ada Jaggut
Ada Janggut Ada Misai
Gambar Dibawah ni : ADA JANGGUT ADA MISAI
Anwar Ibrahim pada 22 Febuari 2011
Lihat:
  
Mana Janggut???

Anwar muncul di mahkamah pada keesokkan harinya (22 febuari 2011) dengan potongan rambut yang jauh berbeza dengan lelaki di dalam video seks (rambut lebih pendek). Maka Datuk T harus membuktikan bahawa Anwar Ibrahim menggunakan pelebat rambut yang berkesan untuk memanjangkan rambut dan janggut dalam tempoh semalaman atau membuktikan Anwar memakai rambut palsu di mahkamah.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular