SHAH ALAM – Gejala rasuah berpunca daripa:da masyarakat yang berdepan dengan tekanan hidup lantas memilih jalan pintas untuk memperoleh wang dengan cepat.
Pensyarah Undang-Undang Univerisiti Utara Malaysia, Dr Aspalella A Rahman berpendapat, masyarakat terpaksa menanggung bebanan hutang yang melampau di samping liabiliti lain seperti rumah, kereta dan makanan yang meningkat pada masa kini.
“Kita kena kembali semula kepada peringkat akar umbi dengan melihat tekanan masyarakat ekoran kos sara hidup negara masih terendah berbanding negara maju lain.
“Apa yang paling membimbangkan ialah generasi masa depan akan berdepan dengan bebanan hutang yang melampau yang berpotensi terjerumus dalam gejala rasuah,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Dr Aspalella berkata, graduan lepasan universiti atau kolej terpaksa menanggung hutang pinjaman pengajian sedangkan masih belum bekerja tetap.
“Ini masih belum ditambah dengan liabiliti lain dalam kehidupan seperti pembelian kereta, rumah dan ada yang terpaksa membuat pinjaman peribadi untuk berkahwin.
“Elemen agama dan sosial yang diterap masih belum cukup jika individu masih gagal menangani tekanan hidup lantas memilih cara mudah di samping meningkatkan kadar jenayah dalam negara,” katanya.
Menurutnya, undang-undang dan hukuman sedia ada sudah mencukupi untuk membanteras rasuah namun pelaksanaan membanteras rasuah masih tidak efektif.
“Kerajaan dan pihak berkuasa perlu bersikap tegas dengan menangkap dan membawa pihak yang sepatutnya ke muka pengadilan tanpa mengira latar belakang individu.
“Ini dapat dilihat apabila hanya individu yang digelar ikan bilis sahaja ditangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan, sebaliknya jerung besar masih berleluasa dengan kegiatan rasuahnya,” katanya.
Penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim :(gambar) :berkata, sikap masyarakat yang melihat setiap perkara sebagai tanda harga menyebabkan gejala rasuah berlaku.
“Justeru, mereka ambil jalan pintas dalam apa jua cara untuk memperoleh jumlah (wang) yang besar dan cepat melalui sogokan.
“Sikap masyarakat yang enggan bekerjasama dalam melaporkan maklumat menyebabkan gejala rasuah masih berleluasa,” katanya.
Beliau turut menyarankan kaedah penyampai maklumat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah perlu dipermudahkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
“Justeru, masyarakat tidak perlu berasa gentar dan melaporkan terus kegiatan rasuah kepada SPRM dengan segera,” katanya. Sinar Harian
No comments:
Post a Comment