Sepasang guru ditahan khalwat
[BH] JITRA: Sepasang kekasih masing-masing guru di sekolah rendah berhampiran dicekup anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) atas kesalahan berkhalwat di sebuah rumah sewa di Kampung Telok Malek di sini, malam kelmarin.
Pasangan guru berusia 30-an itu ditahan kira-kira jam 10.45 malam berdasarkan maklumat awam.
Ketika serbuan, wanita itu hanya berseluar pendek dengan kemeja-Tdan menyorok di belakang cermin yang menghubungkannya dengan sebuah bilik rahsia bagi mengelak dikesan, manakala pasangannya hanya berkain pelekat.
Difahamkan pasangan itu sudah menjalin hubungan terlarang sejak tiga tahun lalu walaupun wanita berkenaan masih bergelar isteri orang dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 13 tahun.
Difahamkan, pasangan terbabit pernah mengajar di sekolah sama di Jitra, tetapi masing-masing ditukarkan ke sekolah lain selepas suami wanita itu mendapat tahu mengenai hubungan mereka.
Jurucakap PADKP berkata, pasangan itu dicekup di rumah yang dipercayai disewa lelaki berkenaan dan mereka dikatakan tinggal bersama sejak beberapa bulan lalu.
“Mengikut maklumat, wanita itu dikatakan merajuk selepas berselisih faham dengan suaminya sebelum meninggalkan rumah dan menyewa rumah di Taman Siswa di sini sejak tiga tahun lalu sebelum mula tinggal bersama kekasihnya beberapa bulan lalu.
“Sepanjang tiga tahun berasingan anak mereka dijaga oleh suami, manakala wanita itu tinggal berseorangan. Sejak beberapa bulan lalu, wanita terbabit mula tinggal serumah bersama kekasihnya hingga menimbulkan syak di kalangan masyarakat setempat,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, guru lelaki itu juga sudah berkahwin dua kali sebelum ini dan mempunyai tiga anak sebelum berpisah.
“Ketika pemeriksaan dibuat, pintu depan rumah berkunci dari dalam dan apabila diketuk berkali-kali seorang lelaki membuka pintu dan memberitahu dia menyewa seorang diri.
“Pemeriksaan lanjut kami menemui guru wanita itu berseluar pendek menyorok di belakang cermin yang dijadikan pintu ke bilik rahsia mereka,” katanya.
(Gambar hiasan)
No comments:
Post a Comment