Saturday, April 30, 2011

PAS tolak pelawaan Najib

Sambil mengucapkan “terima kasih” kepada Datuk Seri Najib Razak, PAS dalam reaksi segera menolak sama sekali pelawaan terbaru Perdana Menteri agar parti Islam itu menyertai Barisan Nasional (BN).


“Terima kasihlah atas jemputan, kami akan tetap setia dengan Pakatan Rakyat dan tidak akan meninggalkan semangat kesetiakawanan yang sudah dibentuk dengan PKR dan DAP, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar) ketika dihubungi The Malaysian Insider petang ini.


Najib yang juga Presiden Umno meneruskan usahanya dengan hari ini sekali lagi mempelawa PAS agar menyertai BN sambil berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.


“Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?

“Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, Kuala Terengganu pagi tadi.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, jemputan dibuat Najib di Kuala Terengganu adalah tindakan “terdesak” selepas BN terus gagal memperoleh sokongan masyarakat Cina termasuk ketika pilihan raya negei Sarawak baru-baru ini manakala gagasan 1 Malaysia digerakkan pentadbiran beliau tidak mendapat sambutan.

“Saya fikir pelawaan ini satu tindakan terdesak kepimpinan Najib. Saya tidak terkejut dengan pelawaan ini,kata Salahuddin.

Kata beliau, kepimpinan Umno-BN akan menggunakan isu perkauman apabila setiap kali berhadapan dengan persekitaran terdesak sebagaimana dialami sekarang.

“Ini bukan kali pertama pelawaan macam ini dibuat... PAS tidak akan terperangkap,” katanya lagi.

Salauddin juga mendakwa pelawaan itu sebagai “terdesak” apabila mengatakan PAS harus meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah memperjuangkan Islam.

Kata beliau, soal PAS harus keluar Pakatan Rakyat hanya kerana kononnya DAP tidak pernah memperjuangkan Islam tidak timbul sama sekali.

Malah kata beliau, DAP juga sudah memberi jaminan bahawa ia akan menghormati perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Misalnya kata beliau, Islam adalah agama rasmi negara dan peruntukan ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dengan Raja-raja Melayu adalah ketua.

“Kita ada Perlembagaan, agama rasmi adalah Islam dengan raja-raja adalah ketua... jadi tak timbul soal ini,” katanya sambil menambah, kerajaan negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh wakil DAP juga “tidak pernah mengabaikan soal berkaitan dengan Islam... tiada apa-apa masalah.”

“Bagi kami ini bukan satu isu, dan soal ini tidak berbangkit sama sekali,” kata Salahuddin yang turut menyifatkan pelawaan itu sebagai “madu manis yang berbisa.”

Salahuddin juga berkata, beliau yakin yang prinsip dibawa DAP itu akan terus diamalkan sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya kelak.

Pelawaan BN-Umno hari ini bukan sesuatu yang baru khususnya sejak selepas pilihan raya umum ke-12 8 Mac 2008.

Ini termasuklah satu pertemuan membabitkan empat pemimpin kanan - masing-masing dua dari Umno dan PAS sempena majlis santapan bersama Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun menjelaskan isu di sebalik pertemuan 24 Disember itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Januari lalu berkata, PAS telah mengulangi jaminan kepada rakan-rakannya dalam perikatan itu parti Islam itu tiada rancangan untuk menjalin kerjasama politik dengan Umno.

Anwar memberitahu, Hadi telah memberi penjelasan mengenai objektif pertemuan di Istana Terengganu.

“Kami berpuas hati dengan penjelasan. Sebagaimana dikatakan oleh (Mursyidul Am PAS Datuk) Nik Aziz (Nik Mat), PAS komited untuk bersama dengan Pakatan Rakyat.

“Tidak perlu untuk kita membangkitkan isu ini lagi atau meragui mereka,” kata beliau.

Bagaimanapun seminggu sebelum itu, Najib mengambil langkah untuk tidak mendedahkan hasil pertemuan bersama pemimpin 24 Disember lalu, yang dihadiri atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Nik Aziz, yang tegas dengan pendirian menolak idea kerajaan campuran antara PAS-Umno, juga hadir pada pertemuan itu.

Menteri Besar Kelantan itu telah berulang kali menekankan bahawa PAS tidak akan kembali menjalin kerjasama politik dengan Umno atas alasan telah dikhianati pada akhir 1970-an.

PAS pernah menyertai BN pada 1974 atas jemputan perdana menteri ketika itu Tun Abdul Razak, yang juga bapa kepada Najib.

PAS membentuk kerjasama dengan DAP dan PKR untuk mewujudkan perikatan PR pada April 2008.

Justeru PAS mengetuai kerajaan negeri Kelantan dan Kedah sekarang, Pulau Pinang pula wakil dari DAP manakala Selangor pula pemimpin PKR.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, partinya akan kekal bersama Pakatan Rakyat bagi memastikan proses pembentukan sistem dua parti berjalan dengan baik di negara ini.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan kenyataan Najib sebagai kenyataan yang tidak sihat untuk perkembangan politik di negara ini.

“Suka saya tegaskan sekali lagi, PAS akan tetap komited bersama dengan Pakatan Rakyat bagi memastikan proses pembentukan sistem dua parti berkembang dengan baik di negara ini demi kepentingan masa depan Malaysia,” kata Mustafa dalam kenyataannya hari ini.

Bagi Mustafa, kenyataan Najib hanya kenyataan politik.

Menurut Mustafa, mempunyai orang Melayu sepenuhnya di pihak kerajaan manakala pembangkang pula Cina adalah satu ciri-ciri kemusnahan kepada negara yang tercinta ini.

“Jadi PAS tidak akan membiarkan dirinya ke arah itu,” tegas beliau.
PAS tegas akan bersama Pakatan - Mustafa Ali


PAS dengan tegas menyatakan akan terus bersama dengan Pakatan Rakyat bagi mempastikan proses pembentukan sistem dua parti berjalan dengan baik di negara ini, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.


Sehubungan itu, beliau menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sebagai kenyataan yang tidak sihat untuk perkembangan politik di negara ini.


Mustafa (gambar) mengulas kenyataan Najib yang sekali lagi menjemput PAS untuk bersama dengan Barisan Nasional (BN) walaupun sudah beberapa kali ditolak oleh PAS.


Chua pula berkata, MCA tidak akan berada dalam kabinet lagi jika parti itu tidak mendapat sokongan dalam pilihan raya umum akan datang.


Najib hari ini mempelawa PAS agar menyertai BN sambil berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.


“Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?


“Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN,” kata Najib ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat sini.


Najib mengadakan lawatan kerja ke Terengganu hari ini. Sebelum ini timbalan beliau, Tan Sri Muhyidin Yassin juga datang ke Dun Manir, kawasan yang diwakili oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib.


"Suka saya tegaskan sekali lagi, PAS akan tetap komited bersama dengan Pakatan Rakyat - bagi mempastikan proses pembentukan sistem dua parti berkembang dengan baik di negara ini demi kepentingan masa depan Malaysia," kata Mustafa dalam kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini.


Bagi Mustafa, kenyataan Najib dan Chua ini hanya kenyataan politik.


Menurut Mustafa, mempunyai orang Melayu sepenuhnya di pihak kerajaan manakala pembangkang pula Cina adalah satu ciri-ciri kemusnahan kepada negara yang tercinta ini.


"Jadi PAS tidak akan membiarkan dirinya ke arah itu," tegas beliau. -HD

Najib: ‘Jika PAS tak masuk BN tak apa, tapi keluarlah Pakatan’

Dalam kenyataan kedua berkaitan idea kerjasama Umno-PAS di sini hari ini, Datuk Seri Najib Razak berkata PAS patut keluar Pakatan Rakyat jika pun memutuskan untuk tidak menyertai Barisan Nasional (BN).


Sehubungan itu Perdana Menteri mendakwa PAS tidak pernah untung apa-apa pun dalam pakatan pembangkang, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada parti DAP.


Najib (gambar) berkata pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini misalnya, PAS telah bekerja keras, sebaliknya DAP yang dilihat meraih kejayaan daripada usaha keras mereka itu.


“Kita lihat poster di sini (Terengganu) ‘PAS ganti UMNO’, realitinya ‘DAP ganti PAS’, di Sarawak (pilihan raya negeri 16 April lepas), PAS berkempen berhempas pulas, akhirnya, yang untung, DAP,” kata beliau sebagaimana dilaporkan Bernama Online hari ini.


“PAS, cukuplah dalam Pakatan (Rakyat), alihlah kepada yang lain, tak masuk BN (Barisan Nasional) pun tak apa, tetapi keluarlah dari Pakatan,” kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Pangsapuri Rakyat Pulau Duyong di sini.


Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Perdana Menteri berkata Pakatan Rakyat yang disertai PAS selama ini dilihat tidak pernah menguntungkan mereka dalam politik.


“PAS tak dapat apa-apa keuntungan, sebab itu tak ada makna (mereka) kekal dalam Pakatan Rakyat, sama ada dia nak bergabung dengan kita (BN), itu soal lain.


“Tapi yang saya nak tekankan, dia (PAS) tidak ada mendapat apa-apa manfaat malah secara tidak langsung menguntungkan parti DAP,” katanya.


Terdahulu, Najib yang juga Presiden Umno meneruskan usahanya dengan hari ini sekali lagi mempelawa PAS agar menyertai BN sambil berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.


“Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?


“Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat Kuala Terengganu.


Di Pangsapuri Rakyat Pulau Duyong, Najib juga berkata DAP selama ini dilihat mendominasi Pakatan Rakyat.


“Kita tengok dalam banyak isu DAP akan tentang kalau itu (sesuatu perkara atau isu) dianggap sebagai yang tidak boleh diterima berdasarkan ideologi DAP... mereka (PAS dan DAP) mungkin tidak dapat kata sepakat dalam isu-isu utama.”

Perdana Menteri berkata sekiranya PAS mahu memperjuangkan Islam, DAP bukanlah rakan sebenar dalam perjuangan berkenaan.


Ditanya usaha perpaduan yang pernah dibincangkan sebelum ini antara Umno dan PAS, Perdana Menteri berkata: “Perkara itu boleh, (tapi) kita tak boleh nak menjangkakan sesuatu, tapi saya nak sebutkan (dalam) Pakatan Rakyat sekarang ni cuma menguntungkan DAP sahaja.” -TMI
GB 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular