Friday, April 29, 2011

Budak Perempuan 11 & 12 Tahun Curi Motosikal? WOW!!!


[BH] BALIK PULAU: Meskipun masih di bangku sekolah, dua murid berusia 11 dan 12 mula berjinak-jinak dengan jenayah serta disyaki terbabit dalam tiga kes curi motosikal di sekitar kawasan perumahan mereka di Teluk Kumbar, di sini.

Malah, murid perempuan berusia 12 tahun dan lelaki berusia 11 tahun itu juga mempunyai kemahiran melarikan motosikal tanpa kunci dengan hanya menggunakan pisau kecil.

Difahamkan, selepas mencuri motosikal, murid perempuan itu yang dikatakan menjadi ‘ketua’ akan menunggangnya, manakala murid lelaki akan membonceng untuk bersiar-siar di sekitar taman perumahan mereka. 


Apabila motosikal berkenaan kehabisan minyak, kenderaan berkenaan akan ditinggalkan dan mereka akan menyasarkan motosikal lain.

Bagaimanapun, perbuatan mereka yang dikatakan bermula kira-kira dua minggu lalu tidak bertahan lama apabila ditahan polis ketika menaiki sebuah motosikal curi di Taman Sahabat, Teluk Kumbar di sini, Selasa lalu.

Ketika ditahan, murid perempuan itu menunggang motosikal, manakala murid lelaki menjadi pembonceng.
Susulan penahanan kedua-dua murid itu, polis menemui dua motosikal model Honda Wave yang ditinggalkan oleh pasangan terbabit selepas kehabisan minyak di kawasan berhampiran taman mereka. 


Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Lai Fah Hin, berkata pihaknya menerima tiga laporan kehilangan motosikal sekitar kawasan Flet Bandar Baru Perda, Teluk Kumbar, awal bulan lalu. 


“Berikutan laporan itu, polis melakukan intipan di kawasan disyaki dan mengesan sebuah motosikal yang dilaporkan hilang, dinaiki sepasang juvana yang lengkap bertopi keledar sambil bersiar-siar. 

“Anggota kami menghampiri motosikal berkenaan dan mendapati penunggangnya hanya berusia 12 tahun dan pembonceng berumur 11 tahun serta masih belajar di sebuah sekolah rendah di daerah ini,” katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular