Wednesday, April 27, 2011

RM9 Juta ke RM9 Bilion?

KERAJAAN TANGGUNG RM9 JUTA KOS SOSIAL - Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 26 April - Kerajaan terpaksa menanggung sejumlah RM9 juta untuk kos sosial disebabkan kematian kira-kira 6,800 rakyat negara ini dalam kemalangan jalan raya setiap tahun.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Abdul Rahim Bakri, kementerian perlu menanggung kos berkenaan yang meliputi rawatan hospital, perubatan, insurans dan kos memperbaiki infrastruktur.

Beliau berkata, kerajaan juga mengalami kerugian pendapatan dan produktiviti yang boleh dihasilkan oleh mangsa kemalangan jalan raya berkenaan.

"Kementerian mengadakan pelbagai pendekatan seperti kempen kesedaran, memperbaiki kualiti jalan raya, menaik taraf sistem keselamatan pengangkutan, mengadakan keadaan selamat dan mengkaji punca kemalangan bagi mengurangkannya.


NEGARA RUGI RM9 BILION SETIAP TAHUN AKIBAT NAHAS JALAN RAYA Berita hairan

Kemalangan jalan raya di seluruh negara setiap tahun mengakibatkan kerugian RM9 bilion, yang meliputi kos perubatan, bayaran insurans, baik pulih kenderaan dan kerugian pengeluaran, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Abdul Rahim Bakri. 

Beliau berkata, kira-kira 6,800 nyawa melayang di jalan raya setiap tahun, dengan 65 peratus kemalangan jalan raya berpunca akibat memandu melebihi had kelajuan ditetapkan.

"Pelbagai kempen diadakan kerajaan bagi mengurangkan jumlah kemalangan maut seterusnya mengurangkan kos yang terpaksa ditanggung akibat kemalangan jalan raya," katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular