Sunday, April 24, 2011

GEMPAR - iPhone & iPad Rakam Pergerakan Pengguna...

Kepada pengguna2 iPhone dan juga iPad di luar sana, berita ni mungkin menggemparkan korang. Satu kajian sekuriti telah menemui bahawa iPhone bukan saja tau pengguna ada kat mana tetapi merakam dan menyimpan lokasi setiap pergerakan pengguna tanpa diketahui pengguna.

Menurut pengkaji benda nie, Alasdair Allan dan Pete Warden, setiap kali pengguna bergerak, iPhone secara senyap merekod koordinat latitud dan longitud kemudian menyimpannya dalam satu file rahsia. Bila iPhone tu di"sync" dgn komputer, file rahsia tu akan turut dipindahkan ke komputer.

Bukan telefon Apple ja yg disiasat oleh pengkaji2 tue, tetapi telefon2 lain seperti telefon Google Android juga turut dikaji. Walau bagaimanapun tiada benda mencurigakan dijumpai kat telefon2 lain, tapi kajian menunjukkan iPad 3G turut merakam lokasi pengguna serupa macam iPhone tadi.

Bahaya btol kalo cmtu, smpai kita pi mana2 hinggakan tandas awam pon dia nak rakam lokasi. Adeiiiiii, telefon dah canggih camni pon susah jugak. Buatnya data2 tue jatuh ke tangan penjenayah, dah jadi kes lain pulak lepas tue. Contohnya penjenayah tu dah tau setiap kali pukul 3 ptg korang akan pegi bank, senang la dia nak tunggu kat bank lepas tue. Jadi kepada pengguna2 iPhone tue, berhati-hatilah. Sekian...

Sumber -> Berita Yahoo! (BB)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular