Monday, July 29, 2013

Mahasiswa diarah keluar dari rumah Johor di MESIR

Dalam keadaan negara Mesir sedang menghadapi kemelut politik akibat rampasan kuasa tentera ke atas pentadbiran Dr Mohamad Morsi, Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Johor dikejutkan apabila arahan pihak pengurusan asrama pelajar Johor Rabaah, Mesir Tuan Haji Mohd Maulan bin Asmoni apabila mengarahkan para pelajar asrama keluar daripada rumah Johor tersebut.

Antara alasan asrama pelajar Johor bangunan Waqaf Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) di Mesir diarah untuk dikosongkan adalah disebabkan proses membaik pulih serta penempatan pelajar baharu yang diuar-uarkan akan tiba pada pertengahan
September ini.

ILMAM Johor menggesa pihak pegawai asrama Johor di Mesir termasuk Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, Dato Seri Mohamed Khaled Nordin mengambil tindakan terhadap isu ini kerana ILMAM Johor

merasakan bahawa keadaan getir pada waktu ini menjadikan mahasiswa Johor di Mesir menghadapi situasi sukar mencari penginapan dan rumah sewa di dalam keadaan politik Mesir yang tidak menentu ini.

ILMAM Johor juga membantah alasan yang digunakan untuk menempatkan pelajar baharu yang akan tiba ke Mesir pada bulan September ini sedangkan terdapat banyak lagi ruang kosong yang boleh menempatkan mahasiswa di asrama tersebut.

Gesaan ini dilakukan dengan tegas bagi memastikan keselamatan mahasiswa Johor di
Mesir dijaga kerana asrama tersebut terletak hanya 300 meter sahaja jarak daripada kawasan perhimpunan di kawasan Rabaah tempat pertembungan di antara penyokong Dr Mursi dan tentera yang sedang kemuncak berlaku pada waktu ini.

Pihak Pengurusan Asrama Pelajar Johor di Mesir harus memandang perkara ini dengan serius kerana dentuman tembakan dapat didengari daripada jarak dekat serta mahasiswa perlu berada di dalam kawasan asrama dan menyulitkan urusan mahasiswa terpaksa keluar mencari rumah baharu di dalam kawasan sekitar. ILMAM berpandangan mahasiswa tidak diarahkan keluar sehingga isu politik Mesir berakhir.

Sekian, terima kasih.
FB Zarul Salleh

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular