Thursday, June 6, 2013

Sekitar Majlis PENGKEBUMIAN S.SHAMSUDDIN


Jenazah Allahyarham pelakon terkenal S.Shamsuddin atau nama sebenarnya Dali Sahamsudin Puteh Esmoon, telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Lim Chu Kang, Singapura pada pagi tadi, 5 Jun 2013.

Antara yang turut hadir menziarah ialah rakan-rakan Allahyarham yang juga pelakon dan penyanyi era 50 dan 60-an. Shamsuddin adalah pelakon terkenal dalam bujang lapok yang digandingkan bersama P.Ramlee dan Aziz Satar.
arwah
S.Shamsuddin mendirikan rumah tangga pada tahun 1954 dan mempunyai tujuh orang anak. Beliau lahir pada tanggal 1 Januari, 1929 di Pasir Panjang, Singapura dan pernah berlakon bersama beberapa pelakon terkenal seperti Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Allahyarham A.R. Tompel dan Datuk Aziz Satar.

Shamsuddin berlakon dalam 30 buah filem termasuklah Nujum Pak Belalang, Nasib Si Labu Labi dan Tiga Abdul.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bukit Batok Avenue, Jurong, Singapura.

Punca S Shamsuddin Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung
S-Shamsuddin-Meninggal-Dunia
Punca S Shamsuddin atau Pak Sudin Meninggal Dunia adalah akibat sakit jantung. Pak Sudin menghembus nafas terakhir di keediamannya di Bukit Batu Avenue, Jurong di Singapura sekitar pukul 10.56 pagi 4 Jun 2013.

Menurut anak perempuan Pak Sudin, Noredah bapanya tidak mengadu ada mengadu apa-apa kesakitan sebelum menghembuskan nafas terakhir. Tambah Noredah, Allahyarham sememangnya sudah lama menderita sakit dan menjalani rawatan di hospital di Singapura selepas mengalami keretakan tulang pinggul setelah jatuh dari katil di rumah anaknya.

Selain itu, Pak Sudin juga mengalami jangkitan kuman di bahagian paru-parunya – iaitu penyakit yang dialaminya sejak beberapa tahun lalu. Pengebumian akan berlangsung pada hari esok di tanah perkuburan Islam Jurong. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Puteh Esmoon dan tujuh orang anak.
https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc1/s480x480/600916_581812875174305_1775565478_n.png
Dalam kenangan
Sumber: melvister.com

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular