Friday, June 7, 2013

Gempaq!! Kubur 100 tahun dipindahkan Bagi memberi laluan terhadap projek perumahan.. Geng2 Mohamed Ghani Abd Jiman tak nak berdemo ke??? kah kah kah

Kubur 100 tahun dipindahkan
Nota : Bayangkan kalau perkara ni berlaku di PULAU PINANG??? Sudah tentu media tali barut UMNO mencanang 3 hari 3 malam bahawa KERAJAAN DAP PULAU PINANG menghina Masyarakat Islam..

Geng2 Mohamed Ghani Abd Jiman tak nak berdemo ke??? kah kah kah

Kubur 100 tahun dipindahkan
Melaka - Bagi memberi laluan terhadap projek perumahan dan rumah kedai, sebanyak 50 kubur lama berusia lebih 100 tahun di Bukit Kecil, Kampung Bertam, Pulau Gadong, di sini terpaksa dipindahkan sejak kelmarin dan berterusan sehingga semalam.

Kesemua kubur Islam yang dikelilingi belukar itu dipindahkan kakitangan Majlis Agama Islam Melaka (Maim) dengan bantuan penggali-penggali kubur dari Limbongan, Tengkera, Kandang, Durian Tunggal dan Pulau Gadong dengan pengawasan tujuh pegawai dan anggota polis.

Setiausaha Maim, Mohd Yusof Abu Bakar berkata, kesemua kubur dengan keluasan kira-kira 111 meter persegi itu dipindahkan di Tanah Perkuburan Qaryah Masjid Bertam Malim, tidak jauh dari kawasan tersebut.

“Kerja pemindahan kubur berdasarkan penggunaan batu nisan tersebut membabitkan dua hari sejak semalam (kelmarin) dan ia dilakukan atas permintaan tuan tanah yang ingin membangunkan kawasan ini.

“Semalam (kelmarin), kita menggali satu kubur besar di Qaryah Masjid Bertam Malim terlebih dahulu dan hari ini bermula 8.30 pagi, penggalian kubur lama pula dilakukan, sebelum tanah yang mempunyai serpihan tulang dikafankan sebelum dipindahkan ke tapak baru,” katanya di sini, semalam.
Kubur 100 tahun dipindahkan
Kubur 100 tahun dipindahkan
Menurutnya, sebelum dikuburkan semula, kain kafan yang mengandungi tanah dan sepihan tulang itu ditanda nombor yang sama dengan batu nisan bagi mengelakkan kekeliruan.
Kubur 100 tahun dipindahkan
“Semua batu nisan di atas kubur lama juga akan dibawa dan diletakkan semula di atas kubur baru yang digali luas dan mempunyai banyak liang selepas disusun mengikut nombor yang telah ditandakan,” katanya.

Menurutnya, segala kerja dua hari itu berjalan lancar dan tiada sebarang masalah timbul.

“Tiada masalah timbul ketika kerja-kerja permindahan dilakukan dan setakat ini tiada waris yang datang membantah kerja-kerja ini atau menuntut untuk ditanam di tempat mereka,” katanya. - SH

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular