Monday, June 3, 2013

Kenapa Pegawai Jabatan Perdana Menteri Mahu Jumpa Balu Dharmedran Secara Rahsia?

Balu N Dharmendran, tahanan yang mati dalam lokap polis mendedahkan beliau dan bapa mentuanya, B Narayanasamy dihubungi seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pegawai dari Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Marry a/p Mariaysusay berkata, pegawai berkenan menghubungi mereka sebanyak tujuh kali dan menyatakan mahu bertemu ahli keluarganya secara rahsia serta ingin membantu menyelesaikan kes kematian tersebut.

“Pegawai dari JPM itu menghubungi saya empat kali dan ayah mertua tiga kali semasa kami mengadakan upacara sembahyang untuk N. Dharmendran.“Namun hanya ayah mertua yang menjawabnya. Lelaki itu kata mahu jumpa secara rahsia untuk tolong dengan syarat terima peguam dilantik dari mereka dan bukannya pilihan keluarga kami.

“Selepas berbincang dengan keluarga, kami menolak permintaan itu. Sebab kalau betul mahu tolong, mengapa mahu jumpa secara rahsia? Ini semua tipu sahaja,” katanya selepas sidang media yang turut dihadiri peguamnya, N. Surendran dan S. Jayathas tengahari tadi.

Terdahulu dalam sidang media berkenaan, Mary menyatakan rasa kesal kerana empat anggota polis yang disyaki terlibat dalam kes itu hanya dikenakan hukuman melakukan tugas-tugas di pejabat.“Kalau orang awam didakwa membunuh, polis sangat cepat bertindak.

Namun jika orang awam dibunuh oleh polis, macam-macam alasan diberi.“Saya mahu polis terlibat ditangkap segera dan gantung mereka sampai mati,” katanya tidak dapat menahan air mata dalam sidang media itu.Dharmendran ditahan selepas membuat laporan polis ekoran satu pergaduan yang mengancam keselamatan dirinya 11 Mei lalu.

Keluarganya hanya mengetahui penahanan itu pada 19 Mei ketika mengunjungi Dharmendran di balai polis.Mangsa bagaimanapun disahkan mati selepas pihak hospital menghubungi Marry pada 21 Mei lalu, hari yang sepatutnya suaminya dibebaskan sebagaimana jaminan polis.

Polis yang pada awalnya memberi alasan mendiang mati kerana kesukaran bernafas menukar kenyataan itu selepas perunding patologi Hospital Kuala Lumpur mengesahkan Dharmendran meninggal dunia akibat “kegagalan fungsi kecederaan tisu lembut akibat pukulan ke badan”. ~keadilandaily

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular