Wednesday, June 26, 2013

Gempaq!! Syed Hamid Albar "BELASAH" Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman?


'Ghani Othman Malukan Umno Johor'- Syed Hamid Albar
PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman tidak perlu bertanding di Gelang Patah, kerana kekalahannya telah memalukan Umno Johor, kata bekas menteri kabinet, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Menurut, Syed Hamid yang juga anak pejuang Umno Tan Sri Jaafar Albar, biar orang lain sahaja yang bertanding menentang tokoh DAP, Lim Kit Siang pada pilihan raya umum 5 Mei lalu.

“Umno sudah malu kerana Abdul Ghani kalah kepada Kit Siang,” kata tokoh berpengalaman Umno itu yang kini menjadi Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Ghani kalah kepada Kit Siang dengan majoriti lebih 10, 000 undi – satu keputusan yang dianggap luar dugaan.Pakatan Rakyat menang lima kerusi parlimen serta 18 kerusi negeri di Johor – terburuk bagi Barisan Nasional di negeri itu sejak pilihan raya pertama pada tahun 1955.

Mengulas lanjut, Syed Hamid berkata beliau tidak pernah membayangkan pembangkang mempunyai 18 kerusi dewan undangan negeri di Johor.Menurut Ketua Umno bahagian Kota Tinggi itu, BN Johor kalah kerana kerusi diberi kepada parti yang sudah ditolak pengundi.

Bagaimanapun, beliau tidak mahu menamakan parti berkenaan namun sebuah parti komponen BN kalah teruk di Johor.“Di Johor, Umno mendapat sokongan dari orang Melayu, Umno kukuh dan kuat, manakala orang Cina Johor tidak ada sikap perkauman.

"Ini isyarat untuk kita tengok balik apa yang berlaku dalam kempen pilihan raya ke 13,” tambah beliau.Berikutan itu, Syed Hamid berkata, jawatan pengerusi Umno negeri yang disandang Ghani sepatutnya diserahkan segera kepada Menteri Besar Johor yang baru iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Bagaimanapun, Ghani tidak boleh menyerahkan jawatannya sekarang kerana perlembagaan Umno hanya membenar pertukaran jawatan hanya boleh dibuat dalam perhimpunan agung parti.

Umno akan mengadakan perhimpunan hujung tahun ini – dijangka November atau pun Disember.Syed Hamid menambah, Umno negeri Johor membawa banyak kemenangan tetapi MCA dan Gerakan tidak disokong oleh pengundi kaum Cina.

Katanya, Umno juga perlu merapatkan kerjasama dengan parti-parti itu dan dengan semangat untuk menyakin orang Cina kepada Umno. ~free malaysia today

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular