Friday, June 28, 2013

IJAZAH PALSU : WAJIB DISIASAT


ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan menyarankan agar Parlimen Malaysia dan DUN Sabah menubuhkan Jawatankuasa Khas masing-masing untuk menjalankan siasatan rapi berhubung dakwaan Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming bahawa dua Menteri Kabinet Malaysia menggunakan Ijazah Palsu kerana melibatkan kepentingan banyak pihak, terutama Integriti Parlimen dan Kabinet Malaysia.

Dakwaan penggubal undang-undang di Malaysia memiliki atau menggunakan ijazah palsu atau tidak diiktiraf, kata Jelani, semakin rambang tetapi tidak ada pihak yang berani menampilkan bukti yang melampau keraguan munasabah.

"Isu akreditasi dan integriti kerajaan sering dipersoalkan, sekalipun mereka ini tidak menggunakan ijazah yang dipertikaian sebagai syarat atau prasyarat menyandang jawatan yang mereka pegang sekarang; tidak seperti pegawai awam yang tertakluk kepada perintah am," kata Jelani yang mendesak agar Kementerian Pelajaran menjelaskan dakwaan Ong Kian Ming.

Kata Jelani, menuding jari kepada pemegang ijazah palsu dan dalam masa yang sama tidak menampilkan bukti hanya mencetuskan kebimbangan dan tidak menyelesaikan masalah.

"Walaupun secara mata kasar tidak mendatangkan masalah atau boleh membatalkan perlantikan menteri Kabinet, namun secara moral telah mencacatkan integriti kerajaan kerana menteri kabinet tidak mengamalkan dasar kerajaan dan meruntuhkan kepercayaan rakyat, sama halnya dengan isu IC Palsu dan IC Projek yang melanda Sabah," kata Jelani yang enggan mengkhususkan sasaran kepada Ahli Parlimen atau ADUN BN atau pembangkang.

Kata Jelani, masalah akreditasi dan integriti sering menjadi masalah dalam usaha memperkasa Akta Pelajaran Kebangsaan dan memperbaiki 'cermin muka' Kementerian Pelajaran yang retak seribu akibat Dasar Pelajaran Terbuka yang membenarkan penubuhan begitu banyak institusi pengajian swasta.

"Dalam usaha berlumba mengejar kejayaan dan memperkasa sistem pendidikan, terlalu banyak dasar yang terpaksa dilonggarkan sehingga Dasar Pelajaran Kebangsaan menjadi keretapi yang sering terbabas dari landasan, apatah lagi platform kementerian pelajaran begitu longgar," kata Jelani yang menggesa agar kajian dan penyelesaian secara tuntas perlu dilaksanakan segere menjelang 2020.

Mengikut rekod, sebelum ini Sabah negeri pertama yang diserang Virus Ijazah Palsu apabila seorang penulis, Musli Oli, mendakwa beberapa pemimpin politik Sabah dikatakan menggunakan perkhidmatan agensi di Asia City itu pada 2006; antaranya Ketua Umno Bahagian Kota Belud, Datuk Musbah Haji Jamli dan dua Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Japlin Akim dan Adun Tempasuk, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia.

Sebelum ini, Mantan Timbalan Menteri Persekutuan, Datuk Lajim Haji Okin; Mantan Ahli Parlimen Silam, Haji Salleh Haji Kalbi; Mantan Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Hiew King Cheu; Sultan SULU merangkap Presiden PEKIDA Sabah, Datuk Akjan Ali Mohamad; Mantan Pembantu Menteri, Datuk Zaki Haji Gusmiah; juga didakwa memperolehi Ijazah palsu daripada universiti di seluruh dunia. Sabahkinimirror.

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular