Thursday, June 27, 2013

[Gempar] Pengerusi SPR Terima Kepala Ayam


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menerima satu bungkusan mengandungi nota ugutan dan kepala ayam yang sudah berbau di pejabatnya, di Ibu Pejabat SPR di sini, kelmarin.

Nota ugutan bertulis ‘letak jawatan atau...505’ dan kepala ayam yang dibungkus didalam plastik lut sinar itu diletakkan di dalam sebuah bungkusan berbentuk empat segi yang diterima seorang kakitangan SPR, jam 2.30 petang.

Bungkusan dialamatkan kepada Aziz Yusof beralamat di Tingkat 4 bangunan SPR dihantar menerusi Pos Laju oleh pengirim beralamat di Kelana Jaya, Selangor.

Sumber berkata, kakitangan SPR menerima bungkusan itu daripada pembantu tadbir di Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) SPR, sebelum memaklumkan kepada Abdul Aziz mengenai isi kandungan bungkusan itu.

Menurutnya, Abdul Aziz kemudian meminta kakitangan berkenaan membuat laporan polis, dan laporan dibuat di Balai Polis Presint 7, di sini pada hari sama. [SUMBER ]

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular