Saturday, June 22, 2013

#Black505 :Husam Musa DiTahan - Penyokong Pakatan Rakyat akan berkumpul di IPD Pengkalan Chepa bermula jam 11:00 malam ini.


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Husam Musa yang ditahan di Balai Polis Ampang petang tadi, kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pengkalan Chepa, Kelantan.

Menurut maklumat yang diterima Harakahdaily, Adun Salor itu dibawa dengan kereta proton Waja polis kira-kira jam 6 petang tadi.

Beliau dijangka tiba di IPD Pengkalan Chepa lewat malam ini.

Difahamkan waran tangkap terhadap Husam dikeluarkan polis Kelantan pada 20 Jun lalu.

Terdahulu, kira-kira jam 4 petang tadi Husam melalui khidmat pesanan ringkas SMS memaklumkan bahawa beliau ditahan di Desa Pandan ketika sedang dalam perjalanan menuju ke Himpunan Aman Black 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Beliau memaklumkan ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Ia dipercayai ada kaitan dengan kenyataannya mengenai ‘syahid fi sabilillah’ [ SINI ] berhubung penyertaan pada himpunan aman Black 505 di Padang Merbok hari ini.

Dalam perkembangan lain, penyokong Pakatan Rakyat akan berkumpul di IPD Pengkalan Chepa bermula jam 11:00 malam ini. - Harakah

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular