Thursday, June 20, 2013

Alahai Najib!!! Ni ape cite??


Kampung Gasing Pahang Tiada Air Sejak 30 Tahun
KAMPUNG KASING - Seorang warga emas melalui hidup sukar sejak 30 tahun lalu apabila terpaksa tinggal dalam rumah yang tidak mempunyai bekalan asas sepatutnya.
Segalanya berlaku apabila permohonan untuk memiliki tanah yang diterokanya tidak mendapat kelulusan, sekali gus menjadi penghalang bekalan air bersih dan kemudahan lain disalurkan ke rumahnya.

Saad Shafie, 83, berkata, dia merantau dari Kedah bersama isteri 30 tahun yang lalu untuk mencari rezeki di sini. “Dulu, pakcik datang ke sini berdua dengan isteri dan telah meneroka tanah ini sejak 30 tahun lalu, sejak itu kami hanya menggunakan perigi sebagai sumber air. “Keluasan tanah ini lebih kurang dua hektar dan telah ditanam dengan pokok sawit.

Anak pakcik ada lima tetapi hanya seorang yang tinggal dengan pakcik bersama isteri dan empat anaknya, sementara anak lain tinggal di Kedah,” katanya. Saad berkata, dia membuat permohonan pemilikan tanah pada 2001 disusuli permohonan sama yang dibuat anak lelakinya, Ismail Saad pada 2009, namun tidak mendapat jawapan. - Sinar

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

1 comment:

zamy said...

silap pak cik jugak.....kalu pakcik cakap pak cik nie bangla ker pakistan ker myanmar ker nepal ker sure berdesup dapat kelulusan tu......dpt broooommm sekali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular