Friday, June 21, 2013

Anwar: Tumpu kepada perpaduan, tiada keperluan mansuh sekolah vernakular

Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak cadangan supaya sekolah vernakular dimansuhkan sebaliknya menggesa Putrajaya menfokuskan kepada perpaduan kebangsaan, ia ekoran isu perkauman yang dibangkitkan selepas keputusan pilihan raya ke-13 (PRU13).

Anwar berkata tiada keperluan menukar sistem persekolahan vernakular kerana telah diterima sejak tahun 1950-60 an sebagai salah satu dasar pendidikan negara.

"Penyata Razak, Talib dan Akta Pendidikan Kebangsaan telah mengiiktiraf sistem persekolahan vernakular, sejak itu ia berkembang dan diterima sebagai salah satu Dasar Pendidikan Negara.

"Kerajaan sepatutnya menumpukan kepada perpaduan kebangsaan dan kualiti pendidikan kebangsaan," kata Anwar dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat PAS di sini.

Pada Disember tahun lepas, Malaysia mendapat 440 mata dalam matematik untuk tingkatan dua ― bersamaan dengan gred lapan di seluruh dunia, dalam Kajian Sains Dan Matematik Antarabangsa (TIMSS) pada tahun 2011, di belakang Korea Selatan, Singapura, Chinese Taipei, Hong Kong dan Jepun yang menduduki lima tangga teratas seluruh dunia.

Kajian tersebut menunjukkan pelajar Malaysia ketinggalan dalam bidang matematik dan sains berbanding dengan negara-negara lain.

Semalam, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah mencadangkan supaya sekolah vernakular Tamil dan Cina ditukar menjadi sekolah kebangsaan yang mengajar pelbagai bahasa.

Mohd Noor telah menimbulkan kontroversi bulan lalu apabila mangatakan kaum Cina bakal menerima tindakan daripada Melayu akibat daripada “pengkhianatan” dilakukan dalam Pilihan Raya 2013.

Mohd Noor turut dilaporkan berkata sistem persekolahan tersebut tidak diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan negara dalam satu forum bertajuk "Wacana Post-Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah" anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di Kuala Lumpur pada 12 Mei lalu.

"Menurut Perlembagaan, kita sepatutnya hanya ada satu aliran sekolah sahaja. Sepatutnya kita hapuskan sekolah jenis kebangsaan (SJK).

"Hapuskan oleh kerana Perlembagaan tak iktiraf sekolah jenis kebangsaan kerana adanya sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan, adanya sekolah Cina, India, ia memecah-belahkan rakyat," kata beliau.

Sejurus kenyataan kontroversi itu, parti pembangkang Pakatan Rakyat (PR) mengecam kenyataan tidak bertanggungjawab kedua-dua individu tersebut dan menegaskan Perlembagaan Persekutuan melindungi sekolah vernakular dan pendidikan dalam bahasa ibunda, memetik Perkara 152 (1) (a) dan (b) dalam undang-undang tertinggi negara.

PR juga mengkritik dan mengecam kedua-dua individu tersebut kerana dilihat cuba mencetuskan ketegangan antara masyarakat Cina dan Melayu di dalam negara.

Malah, Pengerusi DAP Karpal Singh pada 15 Mei lalu membuat satu laporan polis ke atas Mohd Noor yang juga merupakan salah seorang panel dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas kenyataan berbentuk hasutan tersebut dan menggesa Pejabat Peguam Negara mengambil tindakan.

Barisan Nasional (BN) menang tipis pada 5 Mei dengan hanya 133 kerusi Parlimen berbanding 89 kerusi oleh PR lebih rendah daripada 140 kerusi yang mereka menangi dalam Pilihan Raya 2008.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mencadangkan “tsunami Cina” menyebabkan BN mendapat keputusan pilihan raya terburuk dalam sejarah.

Utusan Malaysia, akhbar dimiliki Umno, juga mencadangkan pengundi Cina cuba melakukan provokasi kaum dengan mengundi menentang BN, dengan satu tajuk muka hadapan akhbar itu berbunyi, “Apa lagi Cina Mahu?”.

Akhbar itu - dilihat bersekutu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin parti lain - secara konsisten berhujah undi menentang Umno yang mengetuai BN sama dengan undi menentang Melayu.

Ini berlaku apabila secara faktanya parti PR, PAS dan PKR sebahagian besarnya ahlinya Melayu-Muslim. DAP turut meletakkan calon Melayu dalam pilihan raya. - 20 Jun, 2013.
The Malaysian Insider

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular