Friday, March 8, 2013

Pengasas MNLF, Nur Misuari Pertikai Kesahihan Gambar Yang Di Tunjukkan Oleh Zahid Hamidi

Nur Misuari atau Nurallaj Misuari yang merupakan pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) melalui laman FaceBook miliknya telah mempertikaikan akan kesahihan gambar-gambar yang didedahkan oleh Zahid Hamidi semalam.

Dengan meletakkan beberapa keping gambar anggota Komando Polis VAT69 yang terlibat dalam ‘Operasi Daulat’ dan juga gambar yang didedahkan oleh Menteri Pertahanan semalam beliau mempersoalkan ‘What is the truth?’..

‘Malaysian Black Commandos or Tausug Warriors?’ tulisnya lagi.

Beliau turut meminta orang ramai menjadi hakim bagi menentukan adakah kebenaran disembunyikan dari pengetahuan orang awam di Malaysia..
Semalam Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mendedahkan gambar-gambar 13 mayat penceroboh? Filipina yang telah ditemui selepas pasukan keselamatan melancarkan serangan udara dikawasan persembunyian kumpulan penceroboh? Sulu di kampung tersebut.

Menteri Pertahanan menunjukkan dua gambar beberapa mayat berpakaian biru tua kepada media, terbaring dan dipenuhi dengan kotoran, sambil berkata salinan gambar tersebut akan diedarkan kepada media kemudiaannya.

Sila lihat keseluruhan gambar-gambar tersebut dalam video di ( SINI )

Aku lebih percaya bahawa mayat-mayat yang berada di dalam kubur itu ialah Askar Sultan Sulu kerana Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menjelaskan bahawa timbunan mayat ditemui dalam satu lahad di Kampung Tanduo adalah korban dalam pertempuran yang berlaku di antara pasukan keselamatan dan penceroboh Filipina sebelum Ops Daulat dilancarkan.

Katanya, 12 penceroboh berkenaan terbunuh ketika pertempuran pada 1 Mac, namun, pasukan keselamatan hanya menemui sembilan mayat di dalam lahad tersebut, katanya. Pasukan keselamatan percaya terdapat tiga lagi mayat yang kini sedang dikesan, tambahnya ~ Malaysiakini

Bagi aku tindakan Pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro itu hanyalah satu tindakan untuk melemahkan moral anggota keselamatan yang sedang bertugas disana..

Lagipun ada sumber telah mendedahkan bahawa jenis bomb yang dilancar oleh pihak TUDM dari jet pejuang mereka adalah dari jenis ‘Laser Guided Bomb’.. nak tersasar guane kalau sasaran di tandakan dari ground?

Dan hari ini pula.. Jamalul Kiram III yang mendakwa sebagai sultan Sulu mengakui bahawa 10 orang pengikutnya di Lahad Datu maut semasa pertentangan dengan pasukan keselamatan Malaysia manakala 10 lagi ditawan.

By the way.. apa gelaran yang sebenarnya kita patut berikan kepada Askar Sultan Sulu itu.. nak dilabelkan sebagai penceroboh.. kebanyakkan mereka dilaporkan memiliki IC..

Nak dilabel sebagai pengganas pula Hishamuddin Tun Hussein kata mereka bukan pengganas..

Habis tu nak dilabel sebagai apa?? ~anak sungai derhaka

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular