Wednesday, March 6, 2013

Kalimah Allah - UMNO Munafik dan kita jangan terperangkap

Kenyataan Umum
6 Mac 2013
NAJIB UMNO MUNAFIK DALAM ISU KALIMAH ALLAH

Semalam dalam Perhimpunan Perdana Ulama-Umara dan Asnaf di Stadium Putra Bukit Jalil, Presiden Umno sekali lagi cuba memberikan persepsi kononya Umno juara dalam mempertahankan kalimah Allah. Ini kenyataan munafik kerana isu Kalimah Allah hanya menjadi bahan mainan politik semata.
Bagaimana Regim Umno menyelesaikan isu Kalimah Allah ?
Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan jelas menyatakan bahawa di Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak termasuk Wilayah Persekutuan orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah.

Umno berkeras menjadi juara membabi buta di negeri ramai orang Islam Melayu untuk meraih undi tetapi ketakutan di negeri ramai orang bukan Islam dan berkompromi kerana mahukan undi orang bukan Islam. Jelas keratan akhbar di atas menyatakan P.Pinang dibolehkan penggunaan kalimah Allah mengapa bila Guan Eng ulang kenyataan Nazri dia di kecam sebaliknya Nazri dipuja ?

Bagaimana pula dengan kenyataan pemimpin lain seperti Hishamudin Tun Hussien, Menteri KDN sendiri ?
Tindakan yang diambil oleh Pakatan Rakyat dalam isu ini berlandaskan hujah hukum dan ilmu tetapi Umno hanya menggunakan isu ini untukmeraih undi semata. Simpati dengan kelompok yang diperbodoh kerana upah seringgit dua membuat demonstrasi sana dan sini kerana isu ini.

Pakatan Rakyat seharusnya berpegang teguh dalam isu ini dengan keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat. Serangan Umno dalam isu ini senang sangat dipatahkan jika jentera penerangan parti - parti itu hidup dan bekerja dengan strategi betul.

Menyentuh kembali Perhimpunan Perdana Ulama-Umara dan Asnaf di Stadium Putra Bukit Jalilyang dihadiri oleh kononya lebih 10,000 ribu yang terdiri dari ulama - umara dan asnaf. Satu sumber peguam Zul Hazmi di facebooknya telah menyatakan perbelanjaan program tersebut seperti di bawah:
"Ishak catering mendapat kontrak menyediakan makanan kpd asnaf -RM10 X 16000 = RM160000.

- Kontrak makanan kpd VVIP - RM18000

- Banner/buku cenderahati/ - RM385000

- Sistem audio/pentas/ - RM85000

- Persembahan/kurator/ - lbh kurang RM15000

- pengangkutan - bas RM1500 X 300 biji - RM450000"
Harap penganjur boleh menjawab adakah ia benar atau tidak ? Dari mana sumber perbelanjaan ini diperolehi, proses pemberian kontrak adakah dibuat secara terbuka dan telus. Adakah perbelanjaan besar ini juga terkandung dalam erti makna wasatiyah yang sering dilaungkan ?

Sekian.


"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular