Monday, March 4, 2013

Isu Dalang Pembangkang Dalam Krisis Lahad Datu,Anwar Mahu Saman RM 200 Juta


PETALING JAYA – Utusan Malaysia dan TV3 bakal berhadapan dengan saman masing-masing RM100 juta jika enggan membuat permohonan maaf berhubung laporan mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes warga Filipina menceroboh Lahad Datu, Sabah.
Tempoh 24 jam, yang bermula hari ini.

Anwar menuntut Utusan dan TV3 membuat permohonan maaf secara terbuka.

Beliau yang diwakili firma Daim & Gamany menggesa Utusan membuat permohonan maaf ekoran laporan pada muka hadapannya bertarikh 2 Mac dengan judul “Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?” Dan di muka 10 akhbar itu berjudul “Tiga kumpulan jadi dalang”.

TV3 juga dikatakan menggunakan istilah dalang dalam mengaitkan Ketua Umum PKR itu dalam insiden tersebut.

“(Perkataan dalang) diulang berkali-kali,” ujar peguam yang mewakili Anwar, Latheefa Koya.

Anwar sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya pembabitan beliau dalam insiden yang mengakibatkan dua anggota keselamatan negara terbunuh.

Dalam perkembangan terbaru malam kelmarin, enam lagi anggota polis terbunuh di Semporna. – SN

SILA KLIK - "Semua Masalah Dalam Negara Berpunca Dari "Anwar"

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular