Sunday, September 16, 2012

Seminggu ada, tiga minggu tiada, janji tinggal janji


BEAUFORT: “Seminggu ada bekalan air, tiga minggu tiada bekalan air. Bekalan elektrik pula sering kali putus. Kadangkala bekalan elektrik putus sehingga dua atau tiga hari.

"Ini lah nasib penduduk Kampung Ulu Weston sejak berpuluh tahun lalu,” kata Ketua Cawangan PAS Kampung Ulu Weston, Beaufort, Ahmad Kambar (gambar).

Ahmad yang juga Bekas Pengarah Perpaduan Negeri Sabah berkata, ini memaksa penduduk membeli sebanyak mungkin tangki air untuk menyimpan air yang setiap satunya bernilai RM250.00. Ini pasti membebankan penduduk yang rata-ratanya berpendapatan rendah.

“Ekonomi dan pendapatan nelayan di sini juga merosot kerana tiada usaha penambahbaikan yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah muara sungai yang cetek.

"Ada pengumuman kerajaan untuk memberi bantuan bot dan jala baru kepada nelayan tetapi janji tinggal janji sahaja," katanya...Harakah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular