Monday, September 17, 2012

Gempaq!!! Taib Mahmud didaftar peserta Maha Raja Lawak Mega +Video


Taib: Negara rugi besar jika BN kalah PRU13
SIBU - Negara akan rugi besar sekiranya sebuah kerajaan yang baik pimpinan Barisan Nasional (BN) kehilangan kesinambungan pimpinan memandangkan gabungan itu menguruskan negara dengan sangat baik selama lebih 50 tahun.

Pandangan ini diberikan ketika negara menyambut Hari Malaysia dan spekulasi meningkat Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam waktu terdekat.
Dipetik Bernama, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, Malaysia tidak seharusnya ditadbir oleh kalangan yang kurang berpengalaman kerana ini hanya membawa ke arah kehancuran.

"Tiada pendatang baru dalam politik yang boleh melakukan keajaiban dan kemudiannya berkata mereka boleh berkhidmat dengan lebih baik lagi," katanya pada majlis pecah tanah universiti terbaru Sarawak iaitu Kolej Universiti Teknologi Sarawak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Lapangan Terbang Lama di sini hari ini.

"Barisan Nasional... mereka mempunyai pemimpin dan anggota berkualiti yang boleh membawa transformasi kepada negara ini.

"Najib, beliau sangat maklum tentang keperluan dan aspirasi negeri ini, memandangkan beliau seorang pengunjung yang kerap, sama ada ke pusat bandar atau luar bandar, sejak menerajui kepimpinan kerajaan persekutuan tiga tahun lepas," kata Taib.

Justeru, beliau berkata, masyarakat Sarawak sekali lagi perlu berdiri teguh di belakang kerajaan pimpinan Najib, untuk membolehkan negeri ini, yang semakin menghampiri pemodenan, mencapai aspirasi ini dengan jayanya.

Sementara itu, berucap pada majlis Hari Raya anjuran Dewan Undangan Negeri kawasan Nangka di Masjid An-Nur, yang turut dihdiri perdana menteri, Taib berkata:

"Rakyat berdepan perjuangan yang besar untuk mempertahankan kerajaan BN yang mempunyai komitmen dan sejarah dalam membawa kemajuan serta pembangunan di negeri ini."

Beliau berkata perjuangan itu menjadi semakin rumit saban hari, namun kerajaan BN mampu menanganinya, tambahan pula kepimpinannya telahpun membuktikan keupayaan dan kebolehan untuk menjadi semakin baik.

"Ayuh kita beri mandat yang paling besar kepada Najib untuk memimpin kerajaan sekali lagi dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

"Mari kita bersatu padu mengundi kerajaan dan kepimpinan beliau serta menolak golongan yang hanya mahu membuat pelbagai janji," katanya.-SH
Dengaq Najib dan pemimpin bee end Serawak buat kenyataan di TV seolah semua rakyat Serawak kaya2 belaka...malah xada yang miskin2 melainkan semuanya kaya dan senang lenang....Apa erti kemajuan jika masih ada rakyat susah begini...yang si tuan rumah pun satu..dah la susah tapi masih dok gantung bendera dacing lagi...
Rakyat kais pagi makan pagi...kadang2 kais xmakan..kais je tanah..kais je xjumpa apa..tapi pemimpin dan kaum kerabatnya..fullamak..rumah besar2 macam istana kayangan..tu pun ada yang xsedar sedar lagi...PRU ini masa yang sesuai untuk berubah
......

RAKYAT SARAWAK TUNTUT JANJI NAJIB BAHAWA TAIB MAHMUD AKAN BERUNDUR!!!!!.. JANJI DITEPATI ATAU JANJI DIMUNGKIRI!!!!!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular