Thursday, September 20, 2012

Kantoi!! Jamil Khir Pembohong


PENIPUAN KUOTA HAJI PECAH... BUKAN MALAYSIA SAJA DITOLAK BAHKAN 40 NEGARA LAIN PUN SAMA.....

Kerajaan Arab Saudi memohon maaf kerana telah menolak permintaan 40 negara termasuk Malaysia untuk menambah kuota haji mereka tahun ini... ianya berikutan projek-projek pembangunan sedang berjalan di di dua bandar suci Mekah dan Madinah menurut laporan akhbar-akhbar tempatan di negara tersebut hari ini.

Selama hari ini kita semua ditipu hidup-hidup oleh Pemimpin Umno yang kononya Perhimpunan Bersih 3.0 menjadi punca Kerajaan Arab Saudi marah dan INGIN MENGURANGKAN kuota haji tapi kenyataan hari ini membuktikan tiada kouta dikurangkan cuma cuma kouta tambahan jer yang tak diberi bukan saje yang di mohon oleh Malaysia tetapi 40 negara.

P/S : 40 negara tu tak terlibat dengan bersih 3.0 pun....kahkahkahkahkah...dulu, kini dan selamnya PEMBOHONG....kalau tak menipu bukan AMENO namanya...kuikuikui


Arab Saudi tolak permohonan tambah kuota haji
7:07PM Sep 19 2012
Arab Saudi menolak permintaan 40 negara untuk menambah kuota haji mereka tahun ini kerana projek-projek pembangunan sedang berjalan di di dua bandar suci Mekah dan Madinah, lapor akhbar-akhbar tempatan di negara itu hari ini.

"Kementerian memohon maaf kepada semua negara yang telah memohon untuk menambah bilangan jemaah mereka tahun ini... (kerana) projek-projek besar pembangunan di Mekah dan Madinah yang menjadikannya sukar untuk menampung jumlah yang lebih ramai," kata Menteri Haji Bandar al-Hajjar, lapor AFP.

Setiap negara Islam diberi kuota haji sebanyak 1,000 jemaah bagi setiap sejuta penduduk

Sistem kuota dikenakan selepas tindakan polis Arab Saudi untuk menghalang demonstrasi jemaah Iran mengadakan bantahan anti-Amerika dan anti-Israel pada tahun 1987, mencetuskan pertempuran di mana 402 orang terkorban, termasuk 275 rakyat Iran.

Tahun lepas, hampir tiga juta jemaah Islam mengerjakan haji yang merupakan satu perhimpunan tahunan terbesar di dunia.

Sebelum ini kerajaan Malaysia dilapor berusaha mendapatkan kuota tambahan untuk 10,000 jemaah, sekali gus mengurangkan jumlah yang keciciran pada tahun ini.

Kerajaan sebelum ini mengaitkan pengurangan kuota haji dengan demonstrasi BERSIH 3.0 di Makkah dan Madinah pada 26 April lalu. - Mkini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular