Tuesday, February 14, 2012

‎40 TAHUN TUNGGU AIR .. aduhai NAJIB

Masalah dihadapi penduduk di tujuh rumah di sini. Merujuk kepada Akhbar SINAR HARIAN PAHANG bertatrikh 
10 Feb 2012 - KUANTAN - Sampai sekarang rumah kami masih tiada bekalan air` luah HALIMAH MOHAMAD 73, yang tinggal di kampung Seberang Balok disini. Dalam usia sebegini, mak cik sudah tidak larat untuk mengangkut air perigi lagi. 

Selain itu juga mak cik terpaksa minum air payau setiap hari yang datangnya dari bawah tanah. Amat menyedihkan, mak cik dan beberapa orang penduduk di kampung Seberang Balok yang masih tiada bekalan air. setelah di siarkan di dalam Akhbar SINAR HARIAN barulah diambil tindakan, itu pun selepas 54 tahun negara malaysia telah merdeka di bawah pentadbiran UMNO BN. 

harus diingatkan juga bahawa Jabatan Bekalan Air (JPA) Pahang akan di SWASTAKAN tidak lama lagi yang mana seluruh rakyat negeri pahang akan menerima bil harga air yang tinggi atau tidak munasabah harganya daripada apa yang telah digunakan setelah Jabatan Bekalan Air di swastakan nanti. 

Ianya juga akan berlaku sama seperti Lembaga Letrik Negara (LLN) apabila ianya setelah diswastakan menjadi Tenaga National Berhad (TNB) pada pertengahan 90an hingga sekarang yang mana seluruh rakyat malaysia telah menerima bil harga elektrik yang agak tinggi dan tidak munasabah daripada apa yang telah digunakan. 

Seluruh rakyat malaysia harus bijak pandai untuk menilai sendiri bahawa kerajaan Malaysia yang di tadbir oleh kerajaan UMNO BN setelah 54 tahun merdeka boleh menjaga kebajikan seluruh rakyat malaysia atau pun tidak?????????????? 

sekiranya kerajaan sekarang UMNO BN tidak berkemampuan untuk berbuat demikian maka seluruh rakyat malaysia wajib beralih arah untuk memilih, menyokong, mempercayai dan sebagainya kepada PAKATAN RAKYAT pada PRU 13 yang mampu untuk menjaga kebajikan seluruh rakyat malaysia yang mana PAKATAN RAKYAT telah berjanji akan memberikan bekalan air percuma seperti di negeri selangor yang ditabdir oleh PAKATAN RAKYAT sekarang dan juga akan menurunkan bil harga elektrik yang berpatutan kepada seluruh rakyat malaysia.... 

Renung2kan lah, Fikir2kan lah wahai seluruh rakyat malaysia.... Ubah Sekarang selamatkan malaysia... Wady Sayap Mantra

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/02/40-tahun-tunggu-air-aduhai-najib.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular