Tuesday, February 14, 2012

Israel: Bukti Pas tidak tunduk kepada sesiapa

KUALA LUMPUR - Dewan Ulama Pas Pusat menyifatkan pendirian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam, yang menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya mengenai Israel atau menyaman Wall Street Journal menunjukkaan parti itu tidak tunduk kepada mana-mana pihak dalam memperjuangkan isu-isu umat Islam.

“Kenyataan ini adalah bukti yang jelas bahawa Pas tetap akan menyuarakan pandangannya dan tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak apabila membicarakan tentang isu-isu prinsip Islam," kata Setiausaha Dewan Ulama Pas, Dr. Khairuddin Razali.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan membuat gesaan itu dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama Pas.

Dipetik Harakahdaily hari ini, Khairuddin berkata, perkembangan itu juga menunjukkan bahawa Pas tidak akan menjual prinsipnya dalam memperjuangkan Islam.

Semalam, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, “saya, selaku Mursyidul Am Pas, dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama Pas menggesa Datuk Seri Anwar menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal."


Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Nik Mohd Zawawi Salleh turut menyatakan sokongan tegas yang sama kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Abdul Aziz.

Beliau berkata, Dewan Ulama akan terus bertegas mempertahankan isu Palestin sebagai prinsip utama perjuangan membela rakyat negara itu. SH

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/02/israel-bukti-pas-tidak-tunduk-kepada.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular