Saturday, February 18, 2012

Tu Dia !!! Dermawan pun dapat bantuan BR1M

NONE
Seorang pemimpin bahagian MCA di Pahang yang berpangkat Datuk turut menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 dan ini telah menimbulkan tandatanya di kalangan penduduk tempatan dan warga internet.

Pengerusi MCA bahagian Bera, Datuk Tang Hock Lok (gambar), yang juga seorang pemimpin masyarakat dan dermawan terkenal di Triang, telah menyumbangkan wang RM500 itu kepada seorang penduduk kampung yang kurang upaya.

Berita mengenai Tang menerima BR1M telah mencetuskan bantahan di beberapa forum internet serta media sosial.

Ramai mempersoalkan kelayakannya untuk menerima bantuan tersebut, dan sama ada program BR1M telah disalahgunakan.

Menurut laporan di akhbar harian Cina hari ini, Tang menolak sebarang dakwaan penipuan.

"Saya memohon melalui prosedur yang betul dan pihak berkuasa telah meluluskan permohonan saya kerana saya layak," Tang dipetik sebagai berkata.

Tang juga dipetik berkata bahawa tidak ada unsur-unsur yang menyalahi undang-undang atau penyalahgunaan kuasa dalam proses tersebut.

Beliau menemui pemberita selepas memberi wang RM500 itu kepada seorang penduduk kurang upaya di kampung baru Triang. Tang adalah ketua kampung di situ.

"Niat awal saya memohon bantuan itu adalah untuk menyumbangkan wang RM500 itu kepada mereka yang memerlukannya," kata Tang. Mkini

PS : Sape2 yg berkemampuan tapi nak merasa duit BR1M Isi lah borang dengan  "NIAT" ingin membantu golongan yg MEMERLUKAN.kah kah kah 

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/02/tu-dia-dermawan-pun-dapat-bantuan-br1m.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular