Wednesday, February 15, 2012

Kerajaan cuba "memperbodohkan" rakyat

NONEPua: 'Bijak' beli gula akibatkan M'sia rugi RM491j
15, 2012 Meskipun kerajaan memberi jaminan bahawa perjanjian pembelian bekalan gula di negara ini adalah langkah yang ‘bijak’, DAP tegas mempertahankan bahawa negara akan kehilangan jutaan ringgit jika harga bahan mentah itu di pasaran antarabangsa terus jatuh.

Menurut Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua (kanan), perjanjian itu akan menyaksikan kerajaan kerugian sebanyak RM64 juta hingga RM491 juta setiap tahun.

Dakwanya, kerajaan membuat perjanjian menetapkan komoditi itu pada harga yang tinggi sedangkan harga pasaran sedang merosot.

"Nampaknya kerajaan sebenarnya adalah bodoh dalam usaha cuba menjadi bijak. Ini mengakibatkan jutaan ringgit wang pembayar cukai disia-siakan tanpa diperlukan" kata Pua, dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 3 Februari lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata kerajaan telah memperbaharui tiga kontrak dan menetapkan harga import gula pada US$0.26 bagi setiap paun.

Ismail Sabri menjelaskan bahawa harga adalah lebih tinggi sepanjang tempoh 2009 hingga 2011 kerana harga telah ditetapkan pada US$0.179 bagi setiap paun dan ini menyebabkan peningkatan dalam subsidi daripada 20 sen kepada 54 sen sekilogram bagi mengekalkan harga pada RM2.30.

Pua, sebelum ini mendakwa Ismail Sabri (kiri) cuba "memperbodohkan" rakyat apabila mendakwa bahawa harga gula di peringkat antarabangsa telah naik sepanjang tempoh 2009-2011.

"Mengapa kerajaan menandatangani kontrak jangka panjang tiga tahun untuk membeli gula pada harga US$26 bagi setiap paun apabila harga gula terakhir diniagakan pada Disember 2011, adalah US$23.42 bagi setiap paun ataupun 10 peratus di bawah harga belian kerajaan?" soalnya lagi.

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/02/kerajaan-cuba-memperbodohkan-rakyat.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular