Friday, February 17, 2012

Jumlah Pusat Permata Negara : Mana satu betul ni???


Kalau korang klik image di bawah dan baca selain dari permohonan maaf dari Curtin University , pihak mereka juga memberikan sebab mengapa Rosmah Mansor di anugerahkan Phd..


Menurut pihak University, Rosmah Mansor dianugerahkan Phd tersebut sebagai penghargaan buat beliau yang telah menjadi pengasas dan juga tulang belakang kepada Pusat Anak Permata Negara (Permata) yang membolehkan kanak-kanak berumur lima tahun kebawah menikmati pembelajaran awal yang berkualiti…… Sekarang telah wujud lebih dari 600 Pusat Permata Negara yang dihadiri oleh ribuan kanak-kanak…

600 buah Pusat Permata Negara??

Baca petikan dari Berita Harian di bawah ni..

Baru-baru ini, kerajaan memperuntukkan RM111 juta untuk projek PERMATA bagi memastikan kanak-kanak mendapat bimbingan dan pendidikan berkualiti.

Selain melatih guru sedia ada, peruntukan bertujuan membina Fasa II Kompleks sukan PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang sudah siap serta meneruskan program PERMATA Pintar, Seni, Insan dan Remaja.

Sementara itu, Ahli Majlis PERMATA, Datin Radziah M Daud, berkata kanak-kanak yang mendapat pendedahan awal lebih mudah menerima ilmu sebaik memulakan proses pendidikan formal.

Beliau berkata, pendidikan asas penting kerana ia menjadi penanda aras kepada keupayaan kanak-kanak menangkap sesuatu perkara bagi melancarkan proses pembelajaran - Berita Harian

Berapa jumlah Pusat Permata Negara yang dilaporkan akan di bina seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian pada 28 Oktober 2010 itu? - ASD


Baca >>> Curtin mohon maaf iktiraf Rosmah wanita pertama

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/02/jumlah-pusat-permata-negara-mana-satu.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular