Monday, February 13, 2012

CARA LAJUKAN BROADBAND

Asalamualaikum
Pelbagai cara kita usahakan untuk lajukan line broadband kita . Cara melajukan connection broadband memang banyak.Banyak juga rakan blog cuba membantu mencari cara untuk lajukan sambungan broadband .Pengguna memanglah berduka cita jika line broadband lambat .

Sehinggakan mereka menggelarkannya berukband. Pengelola blog ataupun admin blog berusaha keras membantu menulis dan mempostingkan artikel artikel berkaitan melajukan broadband. Bagus juga kita mencubanya.

Line broadband di Malaysia secara puratanya memang lambat. macam macam usaha pengguna dah lakukan untuk lajukan sambungan broadband mereka. Pada masa dahulu saya pun ada menggunakan perkhidmatan broadband ni. 


Akan tetapi connection nya sangatlah lambat macam siput. Siapakah yang akan bersimpati dengan para pengguna broadband yang lambat ni.Pada masa saya menggunakan sambungan internet menggunakan signal broadband pada masa dahulu … memanglah saya cuba macam macam cara nak melajukan line broadband saya …..dari cara yang diajukan didalam website hinggalah cara yang disyorkan kawan kawan … Akan tetapi semuanya menemui jalan buntu iaitu gagal .


Makna kata puas hati mencubanya.Pada kebiasaanya syarikat syarikat komunikasi atau syarikat syarikat perkhidmatan dinegara ini hanya berfikir untuk menjaga kestabilan syarikat saja … rungutan pengguna perkara tercorot.

Pendek kata dari hasil pengalaman saya menggunakan perkhidmatan broadband memanglah tiada jalan melajukannya kecuali lajukan keluar wang untuk mereka yang mengawal perkhidmatan broadband tersebut . Nak laju kena pakai yang mahal kot. Jika kita lihat komen komen di blog yang membantu menolong orang ramai untuk melajukan line broadband… boleh dikatakan ..mereka mengatakan gagal.Akan tetapi seelok elok kita cuba dahulu setiap cara yang mereka syorkan .Manalah tau entah entah boleh berjaya. Insyaallah.

Sekian Terima Kasih
Wasallam
Pak Su

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular