Friday, January 27, 2012

Mahathir yang jahil memalukan Malaysia

Mahathir yang jahil memalukan Malaysia PILIHAN EDITOR The Financial Times telah menyiarkan satu siri artikel yang bertajuk ‘Capitalism in Crisis’ (Kapitalisma dalam Krisis) pada bulan ini. Mahathir telah dipelawa untuk menulis untuk artikel ini dan ia mungkin ada kaitan dengan penglibatan beliau dalam krisis matawang di Asia Tenggara suatu masa dahulu. Atau mungkin FT hendak menghiburkan pembacanya dengan menyiarkan artikel yang kelihatan berat sebelah dan jahil seperti pandangan yang dijangka datang daripada sebuah negara membangun. Mahathir seperti biasa tidak akan melepaskan peluang memperbodohkan diri sendiri. Malangnya untuk Malaysia, beliau dijelaskan oleh FT sebagai bekas Perdana Menteri Malaysia seraya memalukan kita semua.

Memutarbelit fakta untuk menangkan kes

Mahathir memulakan celoteh beliau dengan menegaskan bahawa Malaysia di minta menaikkan kadar faedah dan membiarkan bank dan syarikat yang tidak efisyen jatuh pada 1998 dan sungguhpun begitu, barat tidak mengikut nasihat merek sendiri semasa krisis 2008. Mahathir sebenarnya silap kerana membandingkan kedua-dua kejadian ini sebegitu.

Matawang Malaysia diserang disebabkan beberapa faktor:

>Dana kita yang terlalu rendah (USD28 billion), lebih rendah berbanding jumlah kapital boleh bergerak

>Prestasi sektor kewangan yang menurun

>Saham yang dibiayai secara hutang dan nilai tidak menentu hartanah

> Kejatuhan tukaran matawang sebenar

Kesemua faktor ini adalah disebabkan oleh pengurusan ekonomi yang lemah oleh Mahathir yang berdasarkan nasihat daripada beberapa orang tertentu yang dikatakan sebagai kroni beliau. Amaran daripada Menteri Kewangan dan Bank Negara, dua tahun sebelum krisis berlaku juga telah diperlekehkan oleh Mahathir.

Krisis subprime AS telah disebabkan oleh sesuatu yang lain iaitu inovasi dalam kewangan. Tanpa inovasi, tiada satupun industri dapat mecapai kemajuan. Dalam kes ini, pensekuritian gadai janji yang dikenali sebagai gadai janji subprime disebabkan risikonya yang lebih tinggi. Sangat sedikit, termasuk US Federal Reserve Bank menjangka bahaya yang dijana oleh produk ini kepada sistem kewangan global.

Kalau dah tak tahu memang dah tak tahu, jangan nampakkan diri macam orang bodoh

Walaupun dengan dakwaan Mahathir, banyak bank dan syarikat AS yang bungkus termasuk Lehman dan Bear Sterns. Sekiranya pihak AS tidak masuk campur, suatu krisis ekonomi yang lebih teruk akan melanda dunia termasuk Malaysia.

Mahathir juga mendakwa bahawa Malaysia telah pulih dengan lebih cepat daripada negara jiran. Ini tidak benar kerana hanya sedikit sahaja perbezaan dalam masa pemulihan. Dari segi kualiti pemulihan pula kita jelas lebih teruk daripada jiran kita.

Dalam serangan terhadap industri kewangan, Mahathir mendakwa bahawa tiada pekerjaan, perniagaan dan perdagangan yang dicipta daripadanya. Ini semestinya tidak benar kerana industri kewangan memainkan peranan yang penting memantau agar simpanan untuk digunakan sebaik mungkin. Jika Mahathir merasakan bahawa tiada pekerjaan yang dicipta daripadanya, beliau haruslah melawat Kota London. Lebihan eksport telah menyumbang kepada 3% KDNK UK. Juga, akan tiada perniagaan atau perdagangan tanpa pihak bank mengadakan pinjaman untuk mereka yang memerlukan.

Si buta memimpi si buta

Mahathir juga tidak seharusnya cuba menjelaskan produk-produk kewangan yang kompleks yang ada dalam pasaran hari ini. Mereka mempunyai tujuan untuk meminimakan, menjaga nilai pelaburan atau menghindari turun naik yang besar. Jadi sememangnya kita memerlukan pilihan dan tukaran dan kemajuan dan juga masa depan.

Mahathir kemudiannya mencadangkan agar Bretton Woods dihidupkan semula dan emas digunakan balik sebagai asas kepada kadar tukaran matawang. Jelas Mahathir tidak berminat untuk belajar daripada sejarah kerana sekiranya ya, beliau tidak akan mencadangkan sesuatu yang bodoh. Semasa krisis ekonomi 1930, Great Depression, ekonomi negara yang bergantung kepada standad emaslah yang paling lama mengambil masa untuk pulih (AS dan Britain). Ia juga bermaksud bahawa negara ini juga tidak lagi dapat mengawal polisi kewangan mereka.

Simpanan wang akan bertambah dengan lebih cepat atau perlahan bergantung kepada penemuan emas. Jadi, tanpa penemuan emas, kita akan mengharungai deflasi yang akan akhirnya membawa kepada kesempitan ekonomi. Kejahilan dan kekurangan idea yang membawa kepada Mahathir mencadangkan perkara bodoh itu. Kita sepatutnya bersyukur kerana Malaysia sekarangn sudah bebas daripada pelan gila beliau atau kita akan dihantui masalah syarikat gergasi seperti Perwaja dan Proton. Tetapi malangnya beliau masih lagi mempunyai pengaruh besar dalam BN untuk idea gila beliau disokong dan dilaksanakan.

Kearah kemusnahan ekonomi!

Mahathir kemudiannya mencadangkan agar perdagangan matawang diharamkan. Jadi bagaimanakah untuk menentukan kadar tukaran matawang? Bersandarkan kepada pendapat Mahathir yang tidak seberapa itu kah?

Perdagangan tukaran matawang memastikan agar harga sesuatu produk, katakanlah kacang, mempunyai harga yang sama di Malaysia dan juga di Korea Selatan jika mengandaikan tiada kos pengangkutan yang ditambah. Jika kacang di Malaysia adalah lebih mahal berbanding Korea Selatan, maknanya, permintaan untuk kacang tidak akan ada lagi. Hasilnya, kejatuhan ringgit sehinggalah harga kacang kembali sama di kedua-dua negara. Untuk menguruskan senario sebegini dan juga situasi lebih kompleks tanpa pasaran matawang adalah sangat sukar.

Mahathir dan orang sepertinya masih lagi memegang kuasa dalam BN dan akan membawa kita kepada kemusnahan pada 2012 dengan menidakkan masalah yang sudah melanda kita. Untuk kita kekal berada dalam suasana ekonomi yang rasional; dialog, praktis dan polisi kita haruslah menyingkirkan BN dengan mengundi kerajaan yang baru. Ini kerana sekiranya tidak, ia akan membawa kepada kemusnahan ekonomi. Malaysia Chronicle

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular