Wednesday, January 25, 2012

UTUSAN dah menggelabah terima saman 150JUTA ? +Video

Utusan Malaysia Seperti Akhbar Nazi Zaman Adolf Hitler, kata peguam anwar ibrahim.

Kenapa?
Lihat Video Ini.

Utusan seperti tidak boleh menerima kenyataan kenapa Anwar Ibrahim hanya saman Utusan Malaysia tetapi tidak saman beberapa individu seperti Ezam Mohd. Noor, Mohd. Zahid Md. Arip, SD Johari Yasin, Anuar Shaari dan Hamizun Khairuddin.

Kenapa dengan semua individu ni?

Mereka ni semua hairan kenapa Anwar hanya berani menyaman media seperti Utusan Malaysia sedangkan sebagai bekas pemimpin parti itu, merekalah antara yang awal mendedahkan persoalan moral dan akhlak Anwar secara terang-terangan kepada umum.

Kenapa Utusan Malaysia nak heret semua orang ni pula? sedangkan terang terang Anwar Ibrahim saman Utusan Malaysia bukan individu tetapi sebuah syarikat yang dikatakan telah menabur fitnah jahat terhadap dirinya.

Utusan seperti tidak boleh menerima kenyataan, contohnya dalam hal nilai saman, saman Anwar Ibrahim ke atas Utusan adalah RM150 Juta, tetapi Utusan sudah dua kali melaporkan saman Anwar Ibrahim ke atas Utusan adalah RM50 Juta.
Menurut Utusan, Anwar memfailkan saman fitnah RM50 juta terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. berhubung penyiaran artikel bertajuk Tolak Anwar – Hassan pada 17 Januari lalu.

Sedangkan secara terang didalam video di atas pihak Anwar Ibrahim telah melaporkan saman tersebut berjumlah RM 150 Juta, tetapi mungkin Utusan Malaysia tidak dapat menerima kenyataan ini, sebaliknya mengheret sebarapa ramai individu dalam dalam hal ini.

Mengapa setelah disaman, Utusan Malaysia cuba mengaitkan saman tersebut dengan individu individu lain dan yang paling menarik adalah mengapa nilai saman diubah? Takut ke?

Seharusnya, utusan tidak perlu goyah dan takut menghadapi semua ini, berani buat, berani lah tangung, tidak perlu lah meminta ehsan dari individu lain, dalam erti kata lain, face like a man, kerana utusan bukan lah individu sebaliknya utusan malaysia adalah sebuah syarikat (M) Berhad. - Really

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular