Wednesday, January 25, 2012

Ceramah ABU : Adakah mamat ni yang " Di TAHAN"???

Adakah si BAHAROM ni yg kena Tahan??
Satu ditahan berhubung serangan ceramah ABU
January 25, 2012 SHAH ALAM - Polis Selangor telah menahan seorang lelaki berusia lewat 20-an bagi membantu siasatan insiden serangan ketika ceramah Asal Bukan Umno (ABU) di Dewan Orang Ramai Majlis Bandaraya Shah Alam, Jalan Kebun di sini, Sabtu lalu.

Dia ditahan pagi semalam selepas dikenal pasti antara yang menimbulkan kekecohan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, pihaknya sedang mengenal pasti beberapa suspek lagi dan siasatan sudah mula dijalankan selepas kejadian tersebut berlaku.

Menurutnya, lelaki tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan keterangan daripada saksi juga sudah diambil.

“Tangkapan susulan akan dibuat selepas ini kerana dipercayai kekecohan ini ditimbulkan oleh beberapa individu yang dikenal pasti orang awam yang hadir,” katanya.

Beliau berkata, ceramah yang dianjurkan itu tidak dimaklumkan kepada pihaknya tetapi keadaan dapat dikawal selepas anggota polis tiba di tempat kejadian.

Zahedi juga menegaskan, tidak berlaku sebarang kerosakan di dalam atau luar dewan ketika kejadian termasuk dakwaan gerai yang dimusnahkan oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali.

Menurutnya, empat laporan diterima selepas kejadian tersebut dan hasil daripada laporan, pihaknya mengambil tindakan dan membawa kepada penahanan seorang suspek untuk siasatan. Sinar Harian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular