Saturday, January 28, 2012

Ustaz Nasa MASUK 'GENG' HASSAN ALI, BAKAL DIPECAT?

Ahli Parlimen Bachok yang juga AJK PAS Pusat, Ustaz Nasharuddin Mat Isa terus menerus difitnah oleh orang tertentu yang mahu merosakkan beliau supaya meninggalkan jemaah.

Terbaru bekas Timbalan Presiden PAS itu membuat Laporan Polis di Balai Polis Bandar Seri Putra menafikan penglibatannya dalam satu program di Bandar Baru Bangi di mana banner yang di pasang memaparkan gambar beliau. Banner tersebut dipasang di sekitar Bandar Baru Bangi.

Banner memaparkan jemputan ke program Roadshow Masa Depan Politik Malaysia bersama Dr Hassan Ali yang djadualkan berlangsung pada 31 Januari di Balai Pahlawan Seksyen 2 Bandar Baru Bangi. Antara penceramah yang dinyatakan di dalam banner tersebut ialah Dr Hassan Ali, Ustaz Nasa, dan Ustaz Hassan Basri,

Program tersebut anjuran Persatuan Perajurit Daerah Hulu Langat.

Ustaz Nasharuddin telah menafikan pengelibatan beliau dalam program ini dan beliau telah membuat laporan Polis.
Terbukti ada pihak cuba memfitnah beliau dan melaga-lagakan beliau dengan PAS. Setakat ini Ustaz Nasa jelas menyatakan bahawa beliau akan tetap bersama PAS dan tidak akan keluar dari PAS. - Mutaligat

Ust. Nasa buat laporan Polis......manakala Hassan Ali terus jadi kuda tunggangan.....

Ustaz Nasa membuat laporan polis bahawa beliau sekali2 tidak terlibat.....malah beliau tidak sedar langsung bahawa beliau diregukan dengan Hassan Ali dalam salah satu program roadshow Hassan Ali di Bandar Baru Bangi pada 31 Jan 2012, Selasa, 9.00 malam di Balai Pahlawan, Padang Seksyen 2, Bandar Baru Bangi minggu depan.
Kerja sapa ini?

Inilah kerja iblis-iblis yang bertopengkan manusia.....inilah perbuatan tangan-tangan gatal yang berniat jahat agar sorang lagi pimpinan ter'cicir' dalam perjuangan.

Manakala Hasan Ali pula terus hanyut dalam syok sendiri.....dalam kehairan sendiri.....dalam ujub sendiri.

Samada dalam sedar.....atau separuh sedar.....atau tak sedar langsung.....ha ha ha yang sebenarnya beliau telah di'tunggang' oleh kumpulan tertentu.....alangkah ter'hina'nya jika seseorang yang kuat 'aqidah'nya serta mempunyai rantaian kelulsan sehingga ke peringkat PhD menjadi 'kuda tunggangan' oleh individu tertentu yang muflis politik atau kumpulan atau pertubuhan tertentu yang sedang terlantar 'nazak' menunggu tarikh 'keramat' PRU13.
PETALING JAYA: Sekretariat Mobilisasi Umat (SMU) mengencam tindakan ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPkj) yang menurunkan 10 banner Roadshow Masa Depan Politik Malaysia yang memaparkan wajah bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali pagi ini.

Roadshow itu yang dijangka diadakan pada 31 Jan 2012, Selasa, 9.00 malam di Balai Pahlawan, Padang Seksyen 2, Bandar Baru Bangi didakwa disabotaj oleh ahli Exco kerajaan negeri.

Pengerusi SMU Norman Toha berkata hak kebebasan rakyat untuk bersuara telah disekat oleh Menteri Besar. Sekatan ini dibuat berpilih- pilih.

“Kalau iklan banner Pakatan, walaupun tiada lesen tidak akan mereka turunkan tetapi kalau banner milik gerakan rakyat seperti Roadshow anjuran bersama SMU, mereka turunkan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Norman menyoal, “dimanakah keadilan untuk rakyat Selangor yang ingin bebas dari fahaman politik ektrem kepartian?

“Kami menuntut agar kesemua banner rakyat yang bernilai RM1,500 itu dipulangkan kepada kami sebagai penganjur bersama Roadshow tersebut,” katanya. [sumber .]

al-brangionline:

Pecah dan perintah.....divide and rule.....satu permainan kegemaran mereka

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular